Keputusan PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram esok dijangka diumum lebih awal

Tan Sri Abdul Ghani Salleh turut menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRK di dua kawasan tersebut akan berupaya melebihi 70 peratus

12:41 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok, dapat diumumkan lebih awal berbanding sebelum ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata ia selaras dengan penambaikan kepada sistem pengurusan pilihan raya yang dijalankan.

“Kita berharap sebab apa yang sudah kita (lalui pada pilihan raya lalu) dapat keluarkan keputusan agak awal.

“Insya-Allah, esok malam, kemungkinan selepas solat Isyak kita dapat keluarkan keputusan,” katanya ketika ditemui media selepas meninjau persiapan tempat mengundi di Majlis Perbandaran Johor Bahru (MBJB), hari ini.

Dalam pada itu, Ghani berkata, SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRK di dua kawasan tersebut esok, akan berupaya melebihi 70 peratus.

Jelasnya, SPR optimis peratusan tersebut dapat dicapai dengan mengambil kira dinamik yang terlibat dalam PRK kali ini.

“Untuk sasaran kalau melihat trend terkini dan kita berharap di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dapat melebihi 70 peratus sebab sebelum ini, ia adalah rendah. Kita menyeru semua pengundi dapat keluar bagi menunaikan tanggungjawab esok.

“Jangan lupa untuk membawa kad pengenalan masing-masing di samping jangan berikan ia kepada sembarangan orang agar proses pengundian berjalan lancar. Kita harap mereka akan keluar pada masa yang kita galakkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ghani menegaskan, terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi peratusan keluar mengundi dalam sesuatu pilihan raya yang diadakan.

Katanya, ia termasuk tahap kesedaran menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, keinginan kepada perubahan dalam senario politik, isu semasa berkaitan sosioekonomi rakyat dan daya tarikan kepada tawaran pembaharuan dijanjikan semua calon dan parti bertanding.

“Tanggungjawab masing-masing mengikut semangat yang dimiliki oleh masyarakat setempat dalam memilih pemimpin diharapkan agar dapat mampu memimpin kawasan masing-masing.

“Kedua, kalau dilihat trend pada hari ini, parti berkempen semangat begitu hebat. Kita melihat faktor tersebut, mudah-mudahan pengundi di Johor akan dapat keluar dengan lebih ramai esok,” katanya. – 8 September, 2023

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related