PM tegaskan hak asasi rakyat Palestin mesti dihormati

10:35 PM MYT

 

JAKARTA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata hak asasi rakyat Palestin perlu dihormati dan menyeru semua negara supaya mengambil pendirian yang sama ketika membantah serangan Rusia ke atas Ukraine.

Perkara itu disampaikan Perdana Menteri semasa mesyuarat dengan pemimpin Asean dan negara rakan dialog termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, Kanada serta Australia pada Sidang Kemuncak Asean Ke-43 dan sidang lain yang berkaitan.

“… mereka menyuarakan untuk membantah serangan Rusia ke atas Ukraine tetapi suara yang sama nampak seolah-olah kelu, membisu dan tidak mengesankan bila menyentuh atau menyinggung soal Palestin.

“Jadi kita suarakan dengan tegas, hormat hak rakyat Palestin, hormat nilai kemanusiaan, hormat hak asasi,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis penutup sidang kemuncak itu.

Anwar turut meminta Kementerian Luar untuk memberi sokongan kepada Arab Saudi yang akan bersidang di New York sempena persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu setelah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung badan antarabangsa itu Antonio Guterres.

Beliau berkata persidangan itu bertujuan menekankan keperluan negara-negara Islam dan Eropah mengambil keputusan yang bijak dalam menangani masalah Palestin.

Perdana Menteri juga berkata Turkiye mencadangkan agar Malaysia dan republik itu mengadakan pertemuan di New York bagi menangani isu perkauman dan Islamofobia.

“Presiden (Recep) Tayyip Erdogan meminta saya bersama-sama membantu menganjurkan satu pertemuan dalam waktu yang lebih kurang sama di New York untuk menentang sikap pelampau perkauman dan sentimen antiagama atau Islamofobia.

“… Presiden Erdogan sudah setuju dengan saya untuk menganjur pertemuan ini dan kalau boleh, kita perluaskan kepada negara-negara Islam dan negara lain yang bersama (dengan kita),” katanya.

Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berlepas pulang ke tanah air pada 9.16 malam ini selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean di Jakarta sejak Selasa. – 7 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related