Tiada kegiatan tukar kampit beras putih tempatan kepada beras import dikesan

Azman berkata, dakwaan dibuat pihak tertentu mengenai perkara itu nyata tidak berasas

2:53 PM MYT

 

SERDANG – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan tidak mengesan sebarang kegiatan menukar kampit beras putih tempatan (BPT) kepada beras import.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood berkata, dakwaan dibuat pihak tertentu itu nyata tidak berasas, malah tiada aduan rasmi diterima pihaknya setakat ini.

“Sebenarnya tiada aduan rasmi daripada orang ramai, termasuk yang buat TikTok tetapi tidak buat aduan rasmi di kilang mana yang berlaku dan lokasinya. Sepatutnya kena jelas kilang mana dan siapa terlibat.

“(Individu) yang komen pasal tukar kampit ini pun difahamkan 10 tahun dah tiada kilang dan beliau merupakan antara yang berhutang dengan Bernas.

“(Jadi) kalau ada sila buat aduan rasmi, kalau tidak berlaku, saya akan ambil tindakan undang-undang kepada pihak yang buat dakwaan itu,” katanya pada sidang media selepas Sesi dialog Belanjawan 2024 bagi subsektor padi dan beras di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Sebelum ini terdapat laporan mendedahkan segelintir pemborong beras didakwa cuba memanipulasi harga kawalan ditetapkan kerajaan dengan menukar kampit beras tempatan kepada kampit beras import kerana mahu mengaut keuntungan besar.

Taktik itu dipercayai dilakukan kerana harga beras import tidak dikawal kerajaan, sebaliknya hanya diapungkan, manakala harga beras tempatan ditetapkan pada RM26 untuk beg 10 kilogram (kg).

Selain itu, Azman berkata, rakyat juga tidak perlu gusar kerana negara mempunyai simpanan stok beras (stokpile) bagi kegunaan kecemasan dan bekalan itu mencukupi sehingga raya tahun depan.

“Untuk stokpile kecemasan, kita ada (simpanan) untuk satu bulan setengah, tapi kita juga ada stok dagangan (trading stock) untuk lima hingga enam bulan.

“Jadi rakyat tidak perlu gusar sama ada mengenai BPT atau beras import. Kita ada perancangan beli enam bulan awal dan kita ada bekalan hingga raya tahun depan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan selain India, beras turut diimport dari Thailand, Vietnam, Kemboja dan Pakistan.

Ditanya mengenai kerajaan Sabah yang mahu monopoli import beras yang ketika ini dipegang Padiberas Nasional Berhad (Bernas) ditamatkan supaya boleh mengimport sendiri bahan makanan ruji itu, beliau berkata, ia hanya pandangan peribadi kerajaan negeri itu.

“Sabah menggunakan beras import yang tidak dikawal oleh kerajaan, kenaikan ikut harga pasaran. Orang Sabah, Sarawak tidak ada isu kenaikan harga beras,” katanya. – 7 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

[UPDATED] Fire breaks out at Genting Highlands theme park building

Fire Dept says blaze at Sky Avenue mall building put out by 7.20pm, no casualties reported

Related