10 kampit beras putih tempatan 10kg dihadkan untuk setiap pembeli mulai hari ini

Penetapan itu dibuat dalam usaha menangani gangguan bekalan beras berkenaan

2:24 PM MYT

 

SERDANG – Bermula hari ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menetapkan setiap pengguna hanya dibenarkan membeli maksimum 100 kilogram (kg) beras putih tempatan (BPT) atau bersamaan dengan 10 kampit beras 10kg.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood berkata, penetapan serta merta itu dibuat berdasarkan Peraturan 10 (1)(b) Peraturan-peraturan Kawal Padi dan Beras (Pelesenan, Pemborong dan Peruncit) 1996, dalam usaha menangani gangguan bekalan beras berkenaan.

“Kita dah jalankan 900 pemeriksaan di bawah Ops Jamin di seluruh negara dan secara berkala, tiada berlaku dakwaan kampit beras ditukar, cuma ada kekurangan beras putih yang mana didapati ada peniaga beli dalam satu masa antara 500kg hingga 700kg.

“Sebab itu kita buat sekatan hari ini, setiap orang hanya boleh beli 10 kampit beras 10kg atau 100kg (keseluruhan).

“Kita dah keluarkan makluman kepada setiap pasaraya dan had pembelian ini sampai bila-bila hingga keadaan reda,” katanya pada sidang media selepas Sesi dialog Belanjawan 2024 bagi subsektor padi dan beras di Mardi, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menurut Azman, bermula esok, KPKM akan melaksanakan fasa pertama program BPT dengan kerjasama pasaraya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan pasar tani seluruh negara.

“Kita ada 40 outlet Fama yang akan bantu program ini dan begitu juga pasar tani untuk bantu edarkan beras.

“Kita juga akan berunding dengan pihak Felda untuk mengedarkan beras di kawasan Felda. Fasa kedua program itu akan dilaksanakan pada 15 September nanti,” katanya.

Sebelum ini Mohamad berkata, bekalan BPT di seluruh negara, dijangka pulih dalam tempoh sebulan susulan langkah intervensi segera yang sedang dilaksanakan kerajaan.

Katanya, langkah intervensi menerusi Program Khas BPT itu akan meningkatkan lebih 20 peratus kuota pengeluaran beras di pasaran seluruh negara.

Terdahulu, Scoop melaporkan Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Ameer Ali Mydin mendakwa terdapat segelintir pengilang menggunakan taktik ‘tukar baju’ dengan bertindak menukar bungkusan yang mengandungi beras tempatan kepada bungkusan beras import.

Situasi itu ada kemungkinan berlaku kerana bekalan beras Super Spesial Tempatan 5 peratus (SST5) sudah tiada lagi di pasaran sekitar tiga hingga enam bulan lalu.

Malah Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd itu berkata, semua bekalan bahan mentah tersebut yang dijual di pasar raya berkenaan merupakan beras import. – 7 September, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related