Hanya berkias sebut ‘saya bagi hukum haram’, tapi ada pihak manipulasi kenyataan saya

Malah Muhyiddin berkata, beliau tidak niat kenyataan itu ditafsirkan sebagai fatwa hukum syarak

10:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Sabtu ini.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau hanya secara berkias menyebut ‘saya bagi hukum haram’ semasa berucap dalam Ceramah Perdana di Dataran Utama Kempas di Johor Bahru, Sabtu lalu.

Malah, katanya, beliau tiada niat kenyataan itu ditafsirkan sebagai fatwa hukum syarak.

“Kerana saya tahu apa yang saya sebut itu bukanlah fatwa hukum syarak, saya selepas itu menyebut “ada esok ni yang mencabar saya ni ikut fatwa mana.

“(Tapi) Ada pihak yang memetik dan memanipulasi ucapan itu, kononnya saya mengeluarkan fatwa haram memberi undi kepada calon PH untuk mengelirukan orang ramai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan kenyataan itu, polis akan memanggil Muhyiddin untuk dirakam percakapannya dan kertas siasatan terhadap beliau sudah pun dibuka.

Malah, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegur tindakan sesetengah ahli politik yang kurang tertib dalam berkata-kata hingga mengeluarkan ‘fatwa haram’ kepada pihak tertentu dengan sewenang-wenangnya.

Shukri yang tidak merujuk mana-mana pemimpin secara khusus berkata, tindakan itu akhirnya akan mengundang permusuhan dan sengketa.

Beliau turut mengingatkan pemimpin politik supaya tidak menggunakan peluang berkempen untuk menjatuhkan satu sama lain, tetapi mengetengahkan isu serta usaha yang mahu dilakukan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, sebagai seorang yang faham mengenai hukum-hakam agama, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang fatwa agama.

Menurutnya, apatah lagi di negara ini terdapat badan tertentu seperti Majlis Fatwa yang mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan fatwa selepas mengadakan muzakarah dengan golongan ulama dan ilmuwan yang pakar dalam bidang berkaitan.

“Saya percaya hadirin yang mengikuti keseluruhan ucapan saya semasa ceramah tersebut faham maksud saya.

“Berdasarkan respons hadirin pada malam itu, saya yakin mereka tidak mengambil kenyataan saya secara serius sebagai suatu fatwa agama,” katanya. – 6 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related