Ningsi teruja dapat serah surat kepada Tunku Azizah

Di dalam surat tersebut, Ningsi turut menyatakan mengenai isu harga barang selain mahu melihat Sabah tidak ketinggalan di dalam arus pemodenan.

5:59 PM MYT

 

SANDAKAN – Sekeping nota yang diserahkan oleh seorang wanita kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menarik perhatian ramai ketika baginda bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui Simpang Sapi Nangoh, Beluran, kelmarin.

Nota yang menyatakan akan harapan terhadap pembangunan Sabah itu telah diserahkan oleh Sri Wahyu Ningsi Mohd Nazri, 26, yang juga seorang peniaga di situ.

Di dalam surat tersebut, Ningsi turut menyatakan mengenai isu harga barang selain mahu melihat Sabah tidak ketinggalan di dalam arus pemodenan.

“Kehidupan daif terutama di kawasan pedalaman Sabah sangat mengiris hati. Saya berharap Sabah akan terus dipandang dekat dan selari dengan kemajuan negeri-negeri lain,” tulisnya.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah melalui kawasan itu ketika dalam perjalanan ke Telupid untuk mencemar duli menghadiri Majlis Santapan Bersama Masyarakat Telupid sempena Kembara Kenali Borneo.

Beluran merupakan sebuah daerah luar bandar yang terletak di Pantai Timur Sabah, lebih kurang 316 kilomter atau lima jam perjalanan kenderaan daripada ibu kota Sabah, Kota Kinabalu.

Ketika ditemui Scoop, Ningsi berkata dia amat teruja apabila surat tersebut sampai ke tangan Tunku Azizah dan berharap ia akan membantu untuk membawa perubahan kepada Sabah.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan singgah membeli minuman ketika dalam perjalanan menuju ke Beluran sempena Kembara Kenali Borneo hari ini. – Gambar Bernama, 6 September, 2023

“Sebenarnya surat tu bukan saya sendiri sahaja kerana saya telah dibantu oleh dua orang sahabat saya semasa menunggu ketibaan Yang di-Pertuan Agong. Saya tulis surat tersebut kerana ingin meluahkan perasaan saya sebagai rakyat Sabah kepada baginda kerana negeri Sabah ni terlalu jauh ketinggalan dengan negeri-negeri lain yang ada di Malaysia.

“Terutamanya bahagian jalan raya. Jalan raya di Sabah ni masih kurang lampu jalan. Ada pun lampu jalan tapi selalu mati, bermasalah. Ini bahagian bandar, belum lagi yang di pedalaman. Sandakan juga selalu ada masalah putus bekalan air dan elektrik, biarpun bil air dan elektrik sangat tinggi.

“Mudah-mudahan surat itu akan dapat membawa perubahan,” katanya.

Ningsi turut berkongsi tentang surat itu di dalam hantaran di Facebook beliau, di mana rata-rata pengguna di ruangan komen menyatakan terima kasih kepada Ningsi kerana telah menyuarakan isi hati rakyat Sabah. – 6 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related