Rakaman suara tular palsu, Jabatan Imigresen nafi keluarkan kelulusan khas program RTK 2.0

Jabatan itu memohon orang ramai agar tidak terpedaya dengan taktik penipuan ejen atau orang tengah seumpama ini

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen menafikan mengeluarkan kelulusan khas bagi pemohon Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0) yang menjadi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini, selepas 31 Disember 2022 seperti didakwa dalam rakaman suara yang tular di aplikasi WhatsApp.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, jabatan itu tidak akan melaksanakan perkara tersebut kerana ia melanggar dasar yang ditetapkan kerajaan semasa pelancaran program RTK 2.0 pada 27 Januari lalu.

“Rakaman suara yang tular ini mendakwa terdapat kelulusan khas akan diberikan hanya kepada 5,000 pemohon yang memasuki negara ini pada 2023.

“Jabatan Imigresen sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan memohon supaya orang ramai tidak terpedaya dengan taktik penipuan ejen atau orang tengah seumpama ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, dasar adalah jelas bahawa hanya warga asing yang menjadi PATI di negara ini sehingga 31 Disember 2022 sahaja yang layak dan akan dipertimbangkan kelulusan RTK 2.0.

Susulan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Sila layari portal rasmi dan akaun media sosial rasmi Jabatan Imigresen untuk mendapatkan maklumat tepat serta terkini berkaitan jabatan ini,” katanya.

Pada 10 Januari lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan RTK 2.0 dan mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing sebagai langkah memenuhi keperluan tenaga kerja asing.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dari 27 Januari hingga 14 Julai lepas, program RTK 2.0 telah menerima dan mendaftar 379,668 permohonan yang melibatkan 51,753 majikan dan 720,099 pekerja, dengan 203,677 daripada pekerja tersebut selesai membuat verifikasi.

Menurut beliau, pusat sehenti bagi proses verifikasi RTK 2.0 turut dibuka di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen (JIM) di Putrajaya bermula 15 Ogos bagi mempercepatkan proses berkenaan.

Katanya, majikan dan pekerja yang berdaftar boleh hadir secara jumpa terus (walk-in) di pusat sehenti RTK 2.0 itu tanpa perlu menunggu panggilan janji temu untuk hadir membuat verifikasi. – 6 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Related