Suami isteri didakwa edar 51kg ganja

Mahkamah menetapkan 6 Disember tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan diberikan kepada kedua-dua tertuduh

3:10 PM MYT

 

SUNGAI PETANI – Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat lebih 51 kilogram, minggu lalu.

Saiful Syamil Idris, 32, yang bekerja sebagai pemandu forklif dan isterinya, Nurul Wahida Mohd Adnan, 32, yang merupakan suri rumah hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret M. Kalaiarasi.

Mengikut pertuduhan pertama, pasangan itu bersama-sama dengan tanpa kebenaran telah mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis (ganja) seberat 768 gram pada lebih kurang 12.30 tengah malam, 28 Ogos lepas, di sebuah rumah di Bandar Seri Astana di sini.

Bagi pertuduhan kedua, mereka bersama-sama dengan tanpa kebenaran didakwa telah mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 50.866 kilogram pada tarikh dan lokasi sama.

Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, disebat tidak kurang 12 kali sebatan.

Mahkamah menetapkan 6 Disember tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan diberikan kepada kedua-dua tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Preeya Singaravelu manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – 6 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

[UPDATED] Swatch scandal: Home Ministry must return Pride collection watches in 14 days

High court rules in favour of company but did not make any orders for damages, costs

Related