Bekas presiden BAM, Abdullah Fadzil meninggal dunia

12:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bekas presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Abdullah Fadzil Che Wan meninggal dunia di Hospital KPJ Tawakkal pada usia 78 tahun, pagi tadi.

Allahyarham yang pernah menjadi Timbalan Menteri Luar dan Timbalan Menteri Pertahanan, telah menerajui badan induk badminton berkenaan selama tujuh tahun mulai 1993 hingga 2000.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, sumbangan Allahyarham kepada sukan badminton akan sentiasa dihargai dan pemergian beliau merupakan kehilangan besar kepada negara.

“Allahyarham akan terus dikenang sebagai tokoh yang telah menabur bakti kepada tanah air. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT,’’ kata Norza dalam satu kenyataan.

Sementara itu, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Sungai Ramal Luar Kajang untuk dimandikan,dikafankan serta disembahyangkan sebelum dibawa balik ke Masjid Panglima Kinta Ipoh Perak untuk dikebumikan di sana.

Jenazah dijangka tiba di sana pada 2.30 petang ini. – 6 September, 2023

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related