Kemalangan korban 6 sekeluarga: Pemandu lori miliki 19 rekod saman

Apad memaklumkan, tujuh daripadanya adalah saman aktif, selain kenderaan itu turut mempunyai rekod PDRM

8:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemandu lori dalam kemalangan tragis di Jalan Segamat-Kuantan dekat Taman Yayasan, Segamat yang mengorbankan enam beranak, Jumaat lalu didapati memiliki 19 rekod saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) memaklumkan, tujuh daripadanya adalah saman aktif.

Menurutnya, kenderaan itu juga mempunyai satu rekod saman aktif Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Apad mengambil tindakan susulan dengan mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab (STS) kepada pengendali berlesen yang terbabit, pada 4 September (semalam).

“Berdasarkan laporan diterima, didapati lori berkenaan dipercayai gagal membrek dan hilang kawalan, lalu melanggar bahagian belakang dan kanan Perodua Alza berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Apad berkata, pihaknya boleh mengambil tindakan sama ada penggantungan atau pembatalan lesen di bawah Seksyen 62, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715], dengan merujuk kepada kesalahan melanggar syarat berkanun lesen pengendali di bawah Seksyen 58(1) Akta 715.

“Ditegaskan bahawa di bawah seksyen berkenaan, pengendali berlesen dan pemandunya bertanggungjawab dalam memberikan keutamaan paling tinggi kepada keselamatan penumpang serta pengguna jalan lain.

“Di bawah akta sama juga, pengendali yang didapati melanggar mana-mana syarat lesen, boleh dikenakan tindakan, (iaitu) sekiranya disabitkan kesalahan didenda tidak kurang daripada RM1,000, tidak lebih dari RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua- duanya,” katanya.

Apad memaklumkan, pihaknya sedang bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk mendapatkan laporan teknikal siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

“Hasil laporan terbabit dijangka diperolehi dalam masa terdekat,” katanya.

Insiden pada jam 6.37 petang itu membabitkan lima kenderaan, iaitu Perodua Alza yang dinaiki tujuh sekeluarga, lori, Honda HRV, Proton Wira dan Perodua Bezza.

Difahamkan kejadian itu berlaku selepas lori membawa muatan pasir terbabit hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila Honda HRV memperlahankan kenderaan kerana terdapat kerja pembaikan jalan, sebelum lori dari arah sama gagal membrek dan hilang kawalan.

Akibat pelanggaran itu, lori berkenaan terbabas ke sebelah kanan jalan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza terbabit. – 5 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related