Cukuplah Muhyiddin, jangan sebarangan mempermain fatwa, hukum Allah: Suhaizan

Bekas Perdana Menteri itu mungkin terlupa bahawa beliau sebelum ini, pernah mengkritik tindakan PAS yang gemar mengeluarkan fatwa sehingga mengelirukan masyarakat

8:00 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat menyifatkan tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan ‘fatwa’ haram memberikan undi kepada beliau, seolah-olah mempermainkan hukum agama demi kepentingan politik.

Beliau berkata, fatwa dilontarkan Presiden Bersatu itu tidak seharusnya keluar daripada mulut seorang ahli politik berpengaruh bagi mencapai matlamat perjuangan parti, termasuk untuk meraih sokongan rakyat kerana ia berisiko menjejaskan keharmonian negara.

Naib Pengerusi Amanah itu mendakwa, Muhyiddin tidak pernah menyentuh soal fatwa sebelum ini, bagaimanapun akhirnya berbuat demikian selepas berjangkit perlakuan pemimpin PAS yang gemar memutar belit fatwa bagi memikat hati rakyat.

“Bagi saya itu perkara tidak wajar dilakukan Muhyiddin sebab ia (fatwa) tidak boleh dibuat main. Kalau kita berbeza pendapat atau tidak menyokong saya, tiada masalah namun bila (tuduhan) itu seolah-olah mempermainkan (hukum) Allah, itu satu isu yang cuba diwujudkan.

“Kalau semua orang berdepan dengan politik menghukum ikut suka masing-masing, apa nak jadi dengan politik Malaysia ini. Dahulunya, PAS kita dengar perkara sebegitu dilakukan. Cukuplah PAS sahaja, (sekarang ini) Muhyiddin pun nak ikut cara begitu mengapa, memang tidak sesuai dilakukan,” katanya ketika temuramah bersama Scoop di Warong Batu, baru-baru ini.

Bukit Aman sebelum ini memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kenyataan Muhyiddin pada satu ceramah di Nusa Bestari di sini, kelmarin yang didakwa mengeluarkan ‘fatwa’ haram mengundi Suhaizan.

Mengulas lanjut, Suhaizan berkata, bekas Perdana Menteri itu mungkin terlupa bahawa beliau sebelum ini, pernah mengkritik tindakan PAS yang gemar mengeluarkan fatwa sehingga mengelirukan masyarakat.

“Muhyiddin dahulunya pernah bercakap (menegur) sikap PAS yang suka menghukum tanpa sebab, namun sekarang ini beliau pula terikut sama dengan PAS.

“Saya tidak akan membuat laporan polis, namun pemuda BN (Barisan Nasional) dan PH (Pakatan Harapan) sudah melaksanakan perkara tersebut pada petang semalam, terima kasih,” katanya.

Sementara itu, Suhaizan memberitahu, keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada kes dana Yayasan Akalbudi, sebagai proses wajar.

“Kes mahkamah (Zahid) itu kita menghormati keputusan yang dibuat dan perkara ini kita serahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk putuskan. Kita tidak campur berkenaan urusan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Tinggi semalam, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram, membabitkan dana Yayasan Akalbudi diasaskannya.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan kes itu, memohon kepada mahkamah supaya Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan daripada kesemua pertuduhan berkenaan. – 5 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related