Tiada kaunter khas, semua kaunter CIQ dibuka, mudahkan pengundi pulang: JIM

Tiada kaunter khas untuk pengundi. Komitmen JIM ialah buka semua kaunter bermula Jumaat, iaitu sehari sebelum hari mengundi bagi kedua-dua PRK

5:18 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan membuka kesemua kaunter di dua pintu masuk negara, di Johor bermula Jumaat ini bagi memudahkan rakyat negeri itu pulang mengundi, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Pengarah JIM Johor Baharuddin Tahir berkata pihaknya memberikan komitmen sepenuhnya, bagi memastikan kelancaran pulang pemilih yang tinggal dan bekerja di Singapura, untuk mengundi pada Sabtu ini.

Bagaimanapun beliau berkata tiada kaunter khas akan dibuka untuk pengundi di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.

“Tiada kaunter khas untuk pengundi. Komitmen JIM ialah buka semua kaunter bermula Jumaat, iaitu sehari sebelum hari mengundi bagi kedua-dua PRK,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Baharuddin berkata secara keseluruhan, terdapat sebanyak 236 kaunter masuk dan keluar imigresen di CIQ BSI yang terdiri daripada kaunter motosikal (100), kereta (60), bas (36) dan autogate (40).

“Di KSAB pula, terdapat 162 kaunter masuk dan keluar dengan kaunter motosikal (50), kereta (48), bas (52) dan autogate (12),” katanya.

Baharuddin berkata jabatan itu akan menempatkan seramai 2,000 pegawai dan anggota JIM untuk bertugas di kedua-dua pintu masuk itu, dengan pengoperasian pada kadar 85 peratus.

PRK Parlimen Pulai dan PRK DUN Simpang Jeram dijalankan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub, pada 23 Julai lepas.

SPR menetapkan pengundian awal hari ini  dan hari mengundi pada Sabtu. – 5 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

[UPDATED] AGC requests high court for gag order on public discussion of Najib’s addendum case 

Attorney-General’s Chambers also does not want lawyers to hold watching briefs on hearings for the opposition

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related