KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang kini disiasat di bawah dua akta, berhubung kenyataannya mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ia membabitkan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Katanya, kertas siasatan terhadap pemimpin itu akan disiapkan dalam masa seminggu dan kemudian, diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (ACG) untuk tindakan susulan. – 4 September, 2023
BERITA LANJUT MENYUSUL