Afnan ‘simpati’ dengan DAP, betapa sukar untuk jelaskan pada penyokong

Afnan Hamimi Taib Azamuddin berkata demi sebuah perpaduan maka ada pihak yang perlu berkorban dan terkorban

5:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Timbalan Ketua Pemuda Dewan PAS, Afnan Hamimi Taib Azamuddin meluahkan ‘simpati’ kepada DAP dengan kini terpaksa menjelaskan kepada penyokongnya mengenai keputusan mahkamah melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Afnan yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata, ini kerana jika dulu DAP berhabis-habisan untuk membawa Zahid ke penjara, namun hari ini parti itu bersamanya di Putrajaya.

Justeru, katanya demi sebuah perpaduan maka ada pihak yang perlu berkorban dan terkorban.

“Maka, ada pihak yang perlu berkorban dan terkorban, demi sebuah ‘perpaduan’. Kami faham, betapa sukarnya untuk kalian perjelaskan kepada penyokong DAP.

“Kami simpati dengan kalian,’’ katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Afnan, mereka juga memahami bahawa ia waktu yang sukar kepada DAP kerana pendakwa yang menarik balik pendakwaan tersebut.

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi diasaskannya.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan kes itu, memohon kepada mahkamah supaya Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan daripada kesemua pertuduhan berkenaan. – 4 September, 2023

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related