Presiden Pertiwi Munirah Abdul Hamid meninggal dunia

Allahyarham tidak sihat sejak setahun lepas kerana beliau merupakan pesakit kanser

4:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (Pertiwi) Datuk Munirah Abdul Hamid, yang juga pengasas Soup Kitchen Pertiwi, meninggal dunia pada usia 73 tahun hari ini. 

Menurut anak saudara Allahyarham, yang juga bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Munirah menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 4 pagi tadi di rumahnya di Bangsar.

“Allahyarham tidak sihat sejak setahun lepas kerana beliau merupakan pesakit kanser. Beliau meninggal dunia dengan tenang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jenazah Allahyarham selamat dikafankan dan disolatkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada 11 pagi.

Allahyarham Munirah meninggalkan suami, Abdul Karim Hercus, 75, anak lelaki Adlan Hercus, 49, dan anak perempuan Baida Jane Hercus, 46.

Khairy berharap mereka yang telah menjadi sukarelawan di bawah Kitchen Soup Pertiwi akan terus berbuat demikian demi mengekalkan legasi Allahyarham.

“Saya rasa apa yang Allahyarham mahukan adalah orang ramai tidak bersedih kerana ketiadaan beliau, sebaliknya terus memberi khidmat kepada gelandangan dan mereka yang kelaparan. Tolong teruskan legasi ibu saudara saya dengan hadir ke Soup Kitchen,” katanya.

Pertiwi ialah pertubuhan kebajikan berorientasikan projek yang ditubuhkan pada 22 September 1967, khusus bagi menangani kebajikan dan keperluan wanita serta kanak-kanak, selain turut memainkan peranan penting dalam memberi pelbagai bantuan termasuk melobi untuk hak wanita di Malaysia, mendidik, membimbing dan memperkasakan wanita. – 4 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related