Muhyiddin didakwa terikut budaya PAS, ‘undi Suhaizan haram, menantu lari halal?’: Puad

Beliau turut menempelak Pengerusi PN itu yang seolah-olah mempunyai kelayakan menghukum seseorang atau sesuatu pihak

3:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan ‘fatwa’ haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, dianggap sama seperti budaya politik diketengahkan sekutu politiknya, PAS.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, kenyataan dikeluarkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga, seolah-olah beliau mempunyai kelayakan menghukum seseorang atau sesuatu pihak.

“Muhyiddin sudah ada kelayakan menghukum. Menurutnya siapa undi Suhaizan hukumnya haram.

“Muhyiddin terikut-ikut budaya PAS,” sindirnya menerusi kenyataan hari ini.

Puad juga secara sinis mempersoalkan sama ada hukum menantu Muhyiddin yang didakwa melarikan diri ke luar negara selepas disenarai dalam ‘orang dikehendaki’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM), haram atau sebaliknya.

“Undi Suhaizan haram. Menantu lari halal? Cuba Muhyiddin jawab. Menantu dia lari atau berhijrah? SPRM suruh dia serah diri. Maknanya dia lari. Kalau lari, hukumnya haram atau halal?,” soalnya.

Selain itu, Puad meminta Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh supaya bersikap adil sekiranya mahu mengeluarkan fatwa halal dan haram.

“Justeru, jangan tutup mata sebelah bila menantu dituduh lari. Jangan buat ‘fatwa selektif’. Menantu lari halal pula?” katanya.

Terdahulu, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu turut mendakwa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan itu akibat berkawan dengan PAS.

Menurutnya, ia kerana Muhyiddin jarang menyentuh soal fatwa sebelum ini.

Kelmarin, Muhyiddin ketika berucap pada ceramah sempena PRK Parlimen Pulai, didakwa mengeluarkan fatwa haram mengundi Suhaizan, selain melarang pengundi memberi undi kepada individu berkenaan.

Beliau mendakwa, cara itu kononnya dapat menentang kekuasaan kerajaan Pusat diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal menangani isu ekonomi menghimpit rakyat ketika ini.

Kenyataannya itu menerima kecaman ramai, antaranya dalam kalangan pemimpin politik, termasuk Perdana Menteri kerana dianggap karut dan melampau.

Anwar menegaskan, tindakan pembangkang berkempen sehingga mengeluarkan fatwa seperti itu juga keterlaluan dan perlu dihentikan.

Malah, media melaporkan, Bukit Aman sedang menjalankan siasatan terhadap kenyataan Muhyiddin itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan sedang dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, selepas pihaknya menerima satu laporan berhubung kenyataan itu yang dibuat di ibu negara, semalam. – 4 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related