Tular objek asing bercahaya dirakam malam ambang Merdeka, ‘ia video asli, bukan disunting’

Terdapat netizen yang berpendapat objek asing bercahaya itu adalah hantu penanggal atau dikenali sebagai balan-balan di Sabah

10:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pergerakan objek asing bercahaya melintasi ruang angkasa di ibu negara yang dirakam seorang individu pada tengah malam 31 Ogos lalu, tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai teori dalam kalangan netizen.

Video perkongsian pemilik akaun TikTok, Styfly Malaysia pada Jumaat lalu ditonton lebih 101,000 kali selain turut dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp.

Objek asing bercahaya itu disedari individu terbabit ketika merakam pertunjukan bunga api sempena sambutan ambang kemerdekaan ke-66 di ibu negara dengan menggunakan peranti berteknologi tinggi.

Kesahihan video tersebut turut dipertikaikan netizen, namun individu terbabit mendakwa rakaman itu asli dan tidak disunting.

“Ya video asli, bukan disunting,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen pada pautan video berkenaan mendapati netizen memberikan pelbagai teori yang serius dan berunsur jenaka mengenai objek tersebut.

Terdapat netizen yang berpendapat objek asing bercahaya itu adalah hantu penanggal atau dikenali sebagai balan-balan di Sabah.

Malah ia turut dikaitkan dengan hantu polong, sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia.

“Ia adalah hantu. Di Malaysia kami panggil ia sebagai penanggal… kepala (terbang) tanpa badan,” kata Huzaifah.

“Ini adalah Malaysia. Jadi ia mesti hantu penanggal,” kata Zarizi.

@Hameed pula mendakwa objek berkenaan dicipta daripada teknologi kecerdasan buatan (AI).

Tidak kurang juga ada yang berseloroh mendakwa ia adalah objek terbang tidak dikenali atau UFO dan dikaitkan dengan pencerobohan makhluk asing.

Bagaimanapun, rata-rata netizen meneka objek asing bercahaya itu sebagai meteor atau tahi bintang kerana ia mempunyai ‘ekor’.

“Tidak dinafikan ia meteor,” kata Chakma.

“Meteor. Saya pernah lihat ini beberapa kali sebelum ini. Bila semakin dekat, saya boleh melihat ekornya dengan jelas,” kata Ken Ken. – 3 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related