Politik kebencian, sentimen perkauman PN semakin parah, ‘tindakan itu hakis keharmonian’: Amirudin

Pembangkang didakwa semakin ‘gelojoh’ merebut kuasa melalui kaedah matlamat menghalalkan cara, dengan sanggup menyebarkan kebencian melampau, justeru rakyat dinasihat tidak terus melayan

8:00 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Perbuatan pembangkang cuba menjadikan sentimen perkauman dan agama sebagai peluru politik, membuktikan Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai kekuatan bagi mewujudkan wacana mengenai dasar serta inisiatif untuk membantu Kerajaan Perpaduan membangunkan negara, demi kesejahteraan rakyat.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, hakikatnya sentimen perkauman dan agama, tidak seharusnya digunakan dalam matlamat berpolitik, termasuk untuk meraih sokongan rakyat kerana tindakan itu akan hanya menjejaskan keharmonian negara.

Malah, katanya, dua sentimen itu juga adalah perkara sangat sensitif dan tidak boleh disentuh, memandangkan ia adalah tonggak keamanan sesebuah negara, khususnya Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum.

“PN sebelum ini dijemput untuk bersama Kerajaan Perpaduan, tetapi mereka menolak.

“Sekiranya tidak mahu, mereka boleh terus menjadi suara pembangkang, namun bukan kerja mereka untuk merosakkan negara dengan menyemai ketaksuban dan politik yang terlalu ekstrimis,” katanya kepada Scoop selepas Ceramah Perpaduan di Taman Rekreasi Bukit Indah di sini, malam tadi.

Pada masa sama, Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor mendakwa, pembangkang dilihat semakin ‘gelojoh’ untuk merebut kuasa melalui kaedah matlamat menghalalkan cara, dengan sanggup menyebarkan kebencian melampau.

“Sifat seperti ini boleh merosakkan keharmonian negara yang sudah dibentuk puluhan tahun dan sekarang ini, kita tidak boleh terus melayan (sentimen dimainkan oleh PN), lebih-lebih lagi ketika kita ingin memulihkan negara secara bersama-sama (dengan pembangkang),” katanya.

Ditanya adakah ‘politik kebencian’ pembangkang boleh menjadi punca seseorang individu membenci kerajaan serta bertindak diluar jangka, Amirudin tidak menolak kemungkinan itu dan kesal sekiranya ia benar.

“Sebagai contoh, disebabkan politik kebencian, ia mungkin menjadi pencetus kepada kes menyaksikan seorang individu didakwa melafazkan taklik terhadap isterinya sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan masih bertahan hingga Ogos.

“Ia menunjukkan individu berkenaan menerima indoktrinasi politik melampau akibat permainan politik kebencian, sekali gus menanamkan persepsi di luar kerangka demokrasi matang,” katanya.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang bakal diadakan pada 9 September ini, Amirudin menegaskan, beliau percaya Kerajaan Perpaduan sudah melakukan usaha terbaik untuk rakyat.

“Kita sudah melakukan dengan semakin baik, khususnya program membabitkan ekonomi dan ia akan mampu meyakinkan pengundi di Johor untuk mengundi calon PH.

“Di Johor, budaya dan sikap pengundi sedikit berbeza dan saya meyakini apa sudah dilaksanakan kita beberapa bulan, dengan usaha yang semakin lama semakin kukuh serta terserlah, ia akan meraih hati pengundi. – 3 September, 2023.

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related