Trend batuk kokol meningkat, ‘KKM harap ibu hamil faham, tidak tolak vaksin Tdap’ – Dr Zaliha

Suntikan vaksin bukan sahaja mampu melindungi masyarakat setempat, malah mengurangkan mereka yang dijangkiti, khususnya kanak-kanak

10:31 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Kes batuk kokol (pertussis) dalam negara masih terkawal meskipun terdapat beberapa kluster membabitkan bayi dikesan meningkat.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya tidak memandang ringan isu berkenaan dan komited melaksanakan program membendung penyakit terbabit.

Antara usaha itu, katanya, memperkenalkan pemberian vaksin kombinasi tetanus–difteria-pertussis (Tdap) kepada semua ibu hamil.

Ujarnya, ia sebagai usaha mengurangkan risiko jangkitan pertussis, terutama dalam kalangan bayi berusia bawah lima bulan.

Menurutnya, inisiatif terbabit akan dapat melengkapkan tiga dos primer vaksin pertussis pada usia lima bulan, melalui antibodi dari tubuh ibu yang dipindahkan kepada bayi dalam kandungan.

“Sememangnya pertussis minggu terakhir ini ada kenaikan berbanding sebelum ini, tetapi masih terkawal berikutan ia adalah endemik (penyakit biasa) dalam Malaysia.

“Cuma baru-baru ini, kita melihat trendnya ramai di antara kanak-kanak berusia lima bulan ke bawah mendapat batul kokol. Oleh itu, baru-baru ini kita kemukakan kertas Jemaah Menteri untuk memberikan vaksin Tdap kepada ibu hamil.

“Dengan itu, ibu hamil dapat keluarkan antibodi (kesan vaksin) berkenaan untuk diberikan kepada anak dalam kandungan dan apabila bayi dilahirkan, ia akan dilindungi sekurang-kurangnya sebelum diberikan vaksinasi pada umur tiga bulan menerusi program vaksinasi negara,” katanya ketika ditemui Scoop selepas program Wanita Question Time di Pulai Springs Resort, hari ini

Dalam pada itu, Zaliha mengharapkan agar ibu hamil tidak menolak daripada mengambil vaksin Tdap yang akan dimulakan pada tahun hadapan, bagi memastikan mereka dapat melindungi kandungan daripada mendapat penyakit berjangkit

Tegasnya, suntikan vaksin bukan sahaja mampu melindungi masyarakat setempat, tetapi juga dapat mengurangkan mereka yang dijangkiti, khususnya kanak-kanak berusia lima bulan ke bawah dengan risiko kematian.

Pada masa sama, Zaliha berkata, penting untuk masyarakat memahami keperluan pengambilan vaksin tersebut kerana sudah ada kajian saintifik untuk mengawal penyakit berjangkit, khususnya yang boleh dicegah melalui vaksinasi.

“Ini kita lakukan demi memastikan rakyat kita dilindungi. Bagi mereka belum ada kepercayaan, cuba faham secara terperinci sebab apa kita perkenalkan.

“Malah, kita galakan supaya keluarga dan anak-anak mereka diberikan vaksin sebab paling penting satu, dia tidak menerima penyakit mudah berjangkit dan kedua, dia akan melindungi komuniti.

“Apabila menerimanya, ia boleh menyelamatkan orang ramai dari dijangkiti. Bagaimanapun, batul kokol masih terkawal walaupun trend menunjukkan peningkatan,” katanya. – 2 September, 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

Related