MAIS nafi kandungan fitnah FB Ahmad Shuaib Ismail

Antara kandungan penulisan itu menyatakan MAIS “mengisytihar Hadi ajaran kafir sesat”

9:07 PM MYT

 

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menafikan kenyataan yang dibuat oleh pemilik akaun media sosial Facebook,  Ahmad Shuaib Ismail, semalam, yang mempunyai unsur fitnah dan boleh menjatuhkan imej MAIS. 

Setiausahanya, Dr Ahmad Shahir Makhtar, dalam kenyataan hari ini, berkata antara kandungan penulisan itu menyatakan MAIS “mengisytihar Hadi ajaran kafir sesat”.

“Pihak MAIS mendapati kandungan hantaran yang dibuat di akaun media sosial itu adalah tidak benar dan mengandungi unsur fitnah yang boleh mencemarkan imej MAIS sebagai pihak berkuasa agama di Selangor,” katanya. 

Beliau berkata pihak MAIS amat memandang serius terhadap perkara seperti itu dan terhadap mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan nama MAIS untuk sebarang kepentingan.

“Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka berkaitan perkara ini,” tegasnya. – 2 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related