Jenazah enam beranak selamat dikebumikan

Anak sulung arwah, Abdurrahman, 19, mengimamkan solat jenazah tersebut dengan diiringi lebih 500 jemaah

5:58 PM MYT

 

MUAR – Jenazah enam beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Segamat-Kuantan dekat Taman Yayasan, Segamat petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ubudiah, Parit Jawa di sini. 

Pasangan suami isteri Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, serta empat anaknya Fatimatulzahrah,17; Seri Khadijah Aqilah,13; Rufaidatul Asyariyah,10; dan Muhammad Assyakrawi, 5; dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira 4.50 petang tadi.

Terdahulu, jenazah enam sekeluarga itu dibawa dari Hospital Segamat dan tiba di Masjid Ubudiah kira-kira 3 petang sebelum disembahyangkan serta diberi penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan kenalan.

Anak sulung arwah, Abdurrahman, 19, mengimamkan solat jenazah tersebut dengan diiringi lebih 500 jemaah. 

Terdahulu kemalangan berkenaan yang berlaku pada 6.37 petang semalam melibatkan lima kenderaan iaitu sebuah treler, sebuah Honda HRV, sebuah Proton Wira, sebuah Perodua Bezza dan Perodua Alza yang dinaiki mangsa sekeluarga.

Lima mangsa tersebut meninggal dunia di lokasi manakala Muhammad Assyakrawi, meninggal ketika menerima rawatan. 

Seorang lagi anak Amir Ruddin yang juga mangsa kemalangan, Abdullah, 15, masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.

Difahamkan kejadian itu berlaku selepas sebuah lori membawa muatan pasir hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah Honda HRV memperlahankan kenderaan kerana terdapat kerja-kerja pembaikan jalan sebelum lori yang bergerak dari arah sama gagal membrek dan hilang kawalan.

Akibat pelanggaran itu, lori berkenaan terbabas ke sebelah kanan jalan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza dinaiki tujuh sekeluarga itu. – 2 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related