Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat: MB Selangor

Sebelum ini, PH dan BN mempertimbangkan untuk memfailkan petisyen pilihan raya di kerusi DUN Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil, yang majoriti kemenangan adalah rendah

12:08 PM MYT

 

KUALA LANGAT – Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

“(Petisyen) itu sedang diperhalusi, kita telah bincang untuk pihak PKR dahulu dan memang kita sudah semak semua perkara. Insya-Allah ia akan dikemukakan dalam masa terdekat, kita sedang menunggu proses keputusan pewartaan yang telah dibuat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program FIT Malaysia peringkat Selangor 2023 di sini hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan keputusan dan penyata pengundian selepas penjumlahan rasmi undi PRN di enam negeri telah diwartakan pada 29 Ogos lepas.

Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan untuk memfailkan petisyen pilihan raya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil, yang majoriti kemenangan adalah rendah.

Keputusan bagi empat kerusi berkenaan menyaksikan PH-BN kalah dengan 407 undi di Dengkil, Sungai Kandis (167), Gombak Setia (58) dan Taman Medan (30).

Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat biro politik dan Majlis Pimpinan Negeri dengan pasukan peguam akan membuat penelitian lanjut berhubung kes di semua kerusi berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata kos pembersihan tapak sampah haram di Kapar, Klang adalah di bawah tanggungjawab pemilik tanah terbabit selaku pemilik harta persendirian. 

“Tetapi dalam banyak pengalaman kita, akhirnya kerajaan negeri akan masuk campur dan semestinya kita akan beri kos itu kepada tuan tanah dan kalau tidak ada, kita akan melakukan proses perampasan dan sebagainya sebab guna tanah yang tidak sesuai dengan apa yang telah ditetapkan dalam syarat guna tanah,” katanya.

Bernama sebelum ini melaporkan jumlah sampah di tapak berkenaan dianggarkan antara 30,000 hingga 50,000 tan metrik dengan kos pembersihan mungkin melibatkan jutaan ringgit. – 2 September, 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related