Mimbar ingatkan taat pada perintah Allah, tinggalkan perkara yang membawa perpecahan

'Kita diperintahkan oleh Allah untuk bersatu padu dan meninggalkan segala perkara yang menjurus kepada perpecahan,' : khutbah

7:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Umat Islam seharusnya menjadikan keadaan di negara yang bergolak dan berada dalam peperangan serta pergaduhan sesama sendiri sebagai pengajaran untuk memastikan perpaduan dalam negara terus dipelihara.

Perkara berkenaan ditegaskan dalam khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan tajuk Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, bertepatan dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

“Antara nikmat Allah SWT yang paling besar kepada kita selaku hamba-Nya ialah Dia mengurniakan nikmat persaudaraan dan kasih sayang sesama insan dan warganegara. Justeru, kita diperintahkan untuk bersatu padu dan meninggalkan segala perkara yang menjurus kepada perpecahan.

“Malaysia sememangnya sebuah negara yang unik dengan kepelbagaian kaum dan agama serta bahasa dan adat budaya. Oleh kerana kepelbagaian menjadi latar belakang pembinaan negara bangsa ini, isu perbezaan dan perselisihan pendapat mesti kita harmonikan melalui semangat perpaduan dan sikap saling hormat menghormati sesama warganegara, ” kata teks khutbah berkenaan.

Ia turut menyebut enam nilai teras Malaysia Madani mesti difahami dan dihayati untuk pengisian pembangunan negara yang maju, cemerlang dan sejahtera iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Sementara itu, mimbar di Johor pula bertajuk ‘Menjadi Insan yang berjiwa besar’ menyentuh mengenai realiti dan cara hidup sesetengah umat Islam pada hari ini yang masih lagi dibelenggu dengan gaya hidup orang asing.

“Mereka hakikatnya belum benar-benar menghayati ruh kemerdekaan yang sebenar. Kemerdekaan yang hakiki bukanlah terletak pada hal yang berbentuk kebendaan semata-mata, akan tetapi kemerdekaan yang sebenar adalah apabila sesebuah negeri atau negara memiliki penduduk yang berjiwa besar,’’ katanya.

Teks khutbah itu turut melihat kepada peristiwa ‘Fathu Makkah’ pada tahun kelapan hijrah yang menjadi contoh peristiwa yang menggambarkan erti kemerdekaan sebenar dalam sejarah Islam.

“Kebijaksanaan Rasulullah SAW dan para sahabat dalam Perjanjian Hudaibiyah telah memberi kelebihan kepada kaum muslimin,’’ katanya.

Kanak-kanak harus dilindungi dan hak-hak mereka harus ditunaikan. – Gambar hiasan Freepik, 1 September, 2023

Sementara itu, di Perak, teks khutbah menerusi tajuk ‘Kewajipan menunaikan hak kanak-kanak’  adalah berkaitan tuntutan Islam untuk melindungi kanak-kanak  dan memastikan mereka menjalani kehidupan yang selamat

Apatah lagi dengan kewujudan internet dan media sosial, kanak-kanak akan terdedah kepada maklumat tanpa tapisan dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memantau serta membimbing anak-anak mereka.

Selain itu, kes penderaan yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak turut membimbangkan sedangkan mereka berhak menikmati kehidupan yang lebih baik.

“Ketika kanak-kanak lain berpeluang menikmati kehidupan yang baik, terdapat sebahagian kanak-kanak yang kurang bernasib baik, menjadi mangsa penderaan fizikal, mereka diperlakukan bukan seperti manusia, dipukul dengan objek tumpul, disimbah dengan air panas, dikurung, diikat, didera, tidak diberikan makanan yang secukupnya dan pelbagai perbuatan penderaan lagi.

“Hak kanak-kanak untuk mendapat perlindungan dari orang dewasa dicabul dengan perlakuan tidak berperikemanusiaan, ada yang terpaksa menanggung kecacatan fizikal sepanjang hayat, mengalami gangguan emosi, hilang semangat hidup dan pelbagai kesan buruk, malah ada yang sehingga menyebabkan kematian,’’ katanya.

Justeru menjaga, mendidik dan mengasuh kanak-kanak memerlukan kesabaran, kesungguhan, pengetahuan dan kebijaksanaan. – 1 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related