Memo dalaman: Terkilan sikap membisu Idrus, Pemuda Umno lapor polis

Laporan polis itu bukan sahaja bagi memastikan siasatan dan tindakan diambil, malah mengembalikan keyakinan orang awam terhadap sistem perundangan negara

4:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno akan menggerakkan ahlinya di seluruh negara untuk membuat laporan polis berhubung isu kesahihah ‘memo dalaman’ membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, supaya siasatan dijalankan pihak berkuasa.

Ketuanya, Dr Mohamad Akmal Saleh berkata, laporan polis itu juga bertujuan membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi mengembalikan keyakinan orang awam terhadap sistem perundangan Malaysia.

Menurutnya, Pemuda Umno mengambil maklum akan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk menyiasat kebocoran dokumen (memo dalaman) terbabit.

“Bagaimanapun, Pemuda UMNO berasa terkilan kerana sehingga ke hari ini, tidak ada maklumbalas sahih yang menjawab kepada tuntutan agar siasatan dijalankan sama ada dokumen tersebut berserta isi kandungannya sahih ataupun tidak.

“Maka, atas dasar prihatin dan memegang teguh kepada Rukun Negara ke-3 dan ke-4, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang, Pemuda Umno akan menggerakkan ahlinya di seluruh negara untuk membuat laporan polis (berkenaan),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Akmal berkata, mewakili Pemuda UMNO, beliau mengeluarkan kenyataan pada 18 Ogos lalu bagi mendesak supaya siasatan dijalankan berhubung kesahihan dokumen yang didakwa ‘memo dalaman’ Jabatan Peguam Negara bertarikh 10 Oktober 2019.

Namun, katanya, ia amat mendukacitakan apabila Jabatan Peguam Negara mengumumkan bahawa Idrus sedang bercuti sehingga beliau bersara pada 6 September ini.

Beliau berkata, tindakan Idrus bercuti tanpa memberikan hasil siasatan dan maklum balas wajar kepada desakan Pemuda Umno, menyaksikan isu itu tergantung tanpa ada sebarang jawapan.

“Sehingga ke hari ini, tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengesahkan kesahihan dokumen terbabit.

“Ini secara tidak langsung memberikan impak negatif kepada tahap keyakinan orang awam terhadap Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Terdahulu, Umno Pekan mendesak agar Idrus menyiasat dan menjelaskan kepada umum, berkaitan dokumen tular didakwa sebagai ‘memo dalaman’ Jabatan Peguam Negara oleh pasukan pendakwaan International Petroleum Investment Company (Ipic), baru-baru ini.

Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, jika dokumen tular itu sahih, ia jelas menunjukkan berlaku kezaliman terhadap Najib yang dipenjara atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos tahun lalu. – 1 September, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related