KUALA LUMPUR — Seorang pekerja kilang maut selepas ditimpa lapan keping mozek yang terjatuh dari rak di dalam stor ketika sedang memberikan penerangan kepada pelanggan mengenai produk kilang itu di Pelabuhan Klang, pagi tadi.
Menurut Komander Operasi Kanan Bomba dari Balai Bomba Pelabuhan Klang, Mohd Fauzi Ramli, mangsa dilaporkan berusia 40 tahun dan disahkan meninggal dunia oleh pejabat kesihatan.
“Bomba menerima panggilan pada 9.47 pagi tadi dan apabila tiba di tempat kejadian mendapati mangsa iaitu pekerja kilang itu telah meninggal dunia.
“Mangsa maut akibat dihempap dengan mozek yang terjatuh,’’ katanya. – 31 Ogos, 2023