Kongsi kisah kutip siput, Mat Sabu gesa rakyat usaha cukupkan sumber makanan

Setahun lebih RM70 bilion kewangan negara kita dialih keluar untuk mencukupkan sumber makanan rakyat

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkongsi kisah zaman kecilnya yang dibesarkan dalam keluarga pesawah di Kampung Guar Petai, Seberang Perai, Pulau Pinang sekitar tahun 1950-an.

Katanya, memandangkan kehidupan keluarganya ketika itu tidak senang, beliau dan beberapa rakan sebaya banyak menghabiskan masa dengan mencari ikan air tawar serta siput untuk dijadikan makanan sekeluarga.

Beliau berkata, ketika di fasa awal kemerdekaan, kehidupan orang kampung di situ, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

“Kehidupan keluarga saya pada waktu itu bukanlah senang, ayah saya hanya bekerja sebagai pesawah dan ibu saya pula hanyalah seorang pembantu kepada ayah. Pekerjaan utama orang kampung saya ketika itu adalah penoreh getah dan pengusaha bendang.

“(Bagaimanapun) Dari setahun ke setahun, kehidupan rakyat mula bertambah baik, dari era pertanian dan perladangan, negara kita mula berkembang ke era perindustrian dan penswastaan.

“Pada satu ketika, pertumbuhan ekonomi negara kita pernah mengalahkan Korea dan China sehingga digelar ‘tiger of asia’,” katanya.

Namun, Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu berkata, ‘langit tidak selalu cerah’ apabila beberapa dekad kebelakangan ini, Malaysia mula dibebani pelbagai skandal rasuah dan penyelewengan kuasa, sekali gus memberi impak kepada sumber makanan negara.

Menurutnya, hutang negara bertimbun dan negara lain yang dahulu di belakang Malaysia, sudah mula memintas daripada sudut kewangan, ekonomi dan kestabilan politik.

Ketika ini, katanya, dunia sedang berdepan ketidaktentuan iklim dan kesannya turut dirasai Malaysia.

“Harga makanan sudah naik dan gangguan bekalan makanan sudah mula dirasai penduduk dunia. Selepas 65 tahun Merdeka, negara kita masih lagi bergantung kepada banyak sumber makanan dari luar.

“Kita masih tidak berupaya mencukupkan sumber bekalan makanan kita sendiri, setahun lebih RM70 bilion negara kita dialih keluar untuk mencukupkan sumber makanan kita,” katanya.

Mat Sabu berkata, keadaan buruk itu mesti diubah mulai sekarang dengan rakyat bersama-sama bertekad untuk mencukupkan sumber makanan sendiri.

“Sempena ulangtahun kemerdekaan kita yang Ke-66 ini, marilah kita berusaha lebih gigih bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memastikan sumber dan bekalan makanan kita sentiasa cukup serta terjamin untuk semua, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

“Yakinlah kita pasti boleh melakukan perubahan dan membina semula negara kita yang tercinta. Selamat hari kebangsaan, Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan,” katanya. – 30 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related