Adnan Zaylani dilantik sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia

6:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan telah meluluskan pelantikan Adnan Zaylani Mohamad Zahid sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 September, 2023.

Adnan Zaylani sebagai Timbalan Gabenor BNM akan bertanggungjawab menyelia sektor pasaran kewangan dan pembangunan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

“Beliau juga akan menjadi ahli lembaga pengarah BNM dan terus menganggotai pelbagai jawatankuasa BNM termasuk sebagai ahli Jawatankuasa Pengurusan, Jawatankuasa Dasar Monetari, Jawatankuasa Pengurusan Rizab, Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kewangan, Jawatankuasa Kestabilan Kewangan dan Jawatankuasa Dasar Bersama,” kata BNM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Adnan Zaylani memulakan kerjayanya di BNM pada tahun 1994 dan adalah pemegang Ijazah Sarjana Dasar Awam dari Blavatnik School of Government, University of Oxford.

Selain itu beliau turut memiliki Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Ekonomi Pasaran Global dan Sarjana Muda Sains dalam bidang Ekonomi dari London School of Economics and Political Science.

Sepanjang tempoh kerjayanya selama 29 tahun dengan BNM, Adnan Zaylani telah terlibat dalam pelbagai bidang perbankan pusat yang merangkumi pelaburan dan pasaran kewangan, dasar pertukaran asing, kewangan Islam serta pembangunan sektor kewangan.

Beliau kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pasaran Kewangan dan ahli Jawatankuasa Eksekutif International Islamic Liquidity Management Corporation serta ahli lembaga pengarah Kumpulan Wang Amanah Persaraan dan ahli lembaga pengarah International Centre for Education in Islamic Finance. – 30 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related