Hadis 40 Imam Nawawi- Tiada isu di Sarawak: Roland Sagah

Sekiranya pelajar bukan Islam berminat untuk mempelajari modul itu ia tidak menjadi masalah kerana perkara itu boleh menambah ilmu pengetahuan mereka

4:56 PM MYT

 

KUCHING – Sarawak tidak mempunyai isu dengan pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi kerana tidak melibatkan pelajar bukan Islam, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat negeri Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Malah, katanya, sekiranya pelajar bukan Islam berminat untuk mempelajari modul itu ia tidak menjadi masalah kerana perkara itu boleh menambah ilmu pengetahuan mereka.

“Ia tidak wajib (untuk pelajar bukan Islam), ia adalah pilihan untuk pelajar bukan Islam, jadi pelajar bukan Islam boleh mempelajarinya jika mereka mahu,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penutupan Digital Talents and Innovation Lab di sini, hari ini.

Roland berkata isu itu juga tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia bukan satu paksaan. 

“Di Sarawak tiada isu, dahulu (pelajar) Muslim belajar di sekolah mubaligh… mereka juga tidak ditukarkan agama, sebenarnya ia menjadikan mereka lebih berpengetahuan,” katanya.

Kementerian Pendidikan pada 19 Ogos lepas, melancarkan modul hadis itu bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah, selain memupuk semangat kasih sayang dan menerapkan kefahaman agama khususnya dalam kalangan pelajar serta guru beragama Islam.

Program rintis modul itu akan dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara. – 30 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related