Kayu disimpan sejak 13 tahun lalu kini jadi rumah idaman

Kayu-kayu yang dikumpulnya itu dijadikan pelbagai barangan seperti kerusi, meja dan permainan kanak-kanak

3:02 PM MYT

 

BACHOK – Pernah digelar ‘gila’ oleh penduduk kampung kerana sering mengumpul kayu-kayu terbuang, Mohd Nazmie Che Mohd Ashari boleh tersenyum lebar apabila ‘bahan terbuang’ itu kini sudah bertukar menjadi sebahagian daripada rumah idaman.

Mohd Nazmie yang berusia 37 tahun berkata minat mengumpul kayu bermula kira-kira 13 tahun lepas sewaktu mula berkhidmat sebagai guru. 

“Masa mula-mula kerja dahulu saya beli chainsaw dan letakkan dalam kereta. Apabila pulang dari mengajar saya akan pergi ke kawasan orang tebang pokok atau orang cuci kawasan, mana-mana kayu yang mereka tidak mahu dan tinggalkan yang kebanyakannya adalah kayu tembusu, saya minta izin ambil dan bawa pulang.

“Pada waktu ini ada penduduk kampung yang gelar saya cikgu gila kerana ambil kayu-kayu terbuang bawa balik ke rumah,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Pantai Senok, di sini baru-baru ini.

Bercerita lanjut, guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus di Bachok itu berkata kayu-kayu yang dikumpulnya itu dijadikan pelbagai barangan seperti kerusi, meja dan permainan kanak-kanak.

Mohd Nazmie Che Mohd Ashari berkata selain kayu tembusu, rumah dengan konsep tradisional Melayu seluas 1,800 kaki persegi itu turut menggunakan kayu cengal, mersawa, merawan dan akasia – Gambar Bernama, 30 Ogos, 2023

“Apabila saya serta isteri mengambil keputusan untuk membina rumah di lokasi ini sekitar tahun 2021, kayu-kayu yang masih ada dalam simpanan digunakan sebagai tambahan kepada kayu-kayu yang dibeli,” katanya.

Mohd Nazmie berkata selain kayu tembusu, rumah dengan konsep tradisional Melayu seluas 1,800 kaki persegi itu turut menggunakan kayu cengal, mersawa, merawan dan akasia.

“Memang dah niat saya dan isteri nak buat rumah dengan konsep tradisional Melayu yang dibina tinggi. Jadi kami setuju 70 peratus rumah ini dibina menggunakan kayu manakala baki 30 peratus daripada batu,” kata bapa kepada tiga cahaya mata itu.

‘Kegilaan’ Mohd Nazmie tidak hanya kepada mengumpul kayu, biarpun tanpa tidak memiliki sebarang pengalaman atau kemahiran bertukang atau membina rumah, beliau turut bertindak mereka bentuk rumah yang masih dalam proses pembinaan itu.

“Saya cuma tengok daripada buku, majalah dan YouTube. Ketika ini ada dua orang tukang membina rumah ini, selain bertindak mereka bentuk, saya turut membantu dari segi membuat kabinet, pintu, finishing bilik air dan piping.

“Ketika ini rumah ini sudah 80 peratus siap, kerja-kerja pembinaan sedikit tertangguh berikutan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021 lalu,” katanya.

Tanpa sebarang ilmu khusus, Mohd Nazmie mengakui puas dapat membina kediaman keluarganya itu biarpun pernah digelar gila, malah hobi itu turut menyaksikan beliau kini memiliki bengkel pertukangan kayu di kediaman ibunya di Bukit Marak. – 30 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related