Ketua pembangkang DUN P.Pinang diumum sebelum sidang November

Senarai nama calon-calon ketua pembangkang DUN Pulau Pinang kepada pucuk pimpinan parti telah dihantar dan pengumuman akan dibuat sebelum persidangan DUN November ini

4:11 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang belum memutuskan siapa akan dilantik sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kerana ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan gabungan parti itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua yang juga Pesuruhajaya PAS negeri Muhammad Fauzi Yusoff berkata PN negeri telah menghantar senarai nama calon-calon ketua pembangkang DUN Pulau Pinang kepada pucuk pimpinan parti dan pengumuman akan dibuat sebelum persidangan DUN November ini.

“Kita cuba untuk selesaikan (pemilihan ketua pembangkang DUN Pulau Pinang) tapi tak dapat dimuktamadkan pada pagi ini dan ia akan diselesaikan oleh pimpinan pusat PN dalam masa terdekat sebelum kita keluarkan surat kepada Setiausaha DUN Pulau Pinang.

“Kita dah hantar nama calon-calon terdiri daripada senarai pendek wakil daripada PAS dan Bersatu, siapa yang akan dipilih ditentukan pucuk pimpinan… pengumuman (ketua pembangkang DUN Pulau Pinang) akan di buat sebelum DUN bersidang pada November nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah 40 DUN Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata antara nama yang dihantar kepada pucuk pimpinan PN ialah beliau sendiri dan Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Bersatu Pulau Pinang Zulkefli Bakar yang juga ADUN Penanti.

Sementara itu, Muhammad Fauzi menafikan terdapat masalah berhubung keputusan untuk melantik ketua pembangkang DUN Pulau Pinang sebaliknya ia sedang dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan PN.

“Masalah tak besar sangat tak lantik lagi ketua pembangkang hari ini tapi sebenarnya semua negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang sedang dimuktamadkan (ketua pembangkang DUN) oleh pimpinan PN,” katanya.

Pada pilihan raya negeri 12 Ogos lepas, gabungan Pakatan Harapan – Barisan Nasional (PH-BN) memenangi 29 daripada 40 kerusi DUN untuk membentuk Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang.

DAP berjaya mengekalkan kesemua 19 kerusi DUN yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2018 manakala PKR (tujuh), Amanah (satu) dan BN (dua).

PN pula menang 11 kerusi dengan PAS menguasai tujuh kerusi iaitu Sungai Dua, Permatang Pasir, Pulau Betong, Sungai Bakap, Permatang Berangan, Pinang Tunggal, dan Penaga manakala Bersatu empat iaitu di Penanti, Telok Ayer Tawar, Telok Bahang dan Seberang Jaya.

Sebelum ini ketua pembangkang DUN Pulau Pinang ialah bekas ADUN Bertam Khaliq Mehtab Ishaq manakala bekas ADUN Sungai Dua daripada BN Datuk Muhamad Yusoff Noor adalah ketua pembangkang sejak Ogos 2018 sehingga BN membentuk Kerajaan Perpaduan bersama PH. – 29 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related