Anwar hargai komitmen TNB, Petronas sokong usaha peralihan tenaga negara

Kedudukan strategik Malaysia sebagai Hab Tenaga Asean membolehkan kita memainkan peranan penting dalam memajukan tenaga mampan rantau ini pada masa depan ke arah Net Zero Asean

2:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghargai komitmen, profesionalisme, dan dedikasi Tenaga Nasional Bhd (TNB) serta Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dalam menyokong usaha peralihan tenaga negara.

Beliau berkata Malaysia perlu memberi tumpuan kepada kepentingan kerjasama antarabangsa dalam mempercepat inisiatif peralihan tenaga kerana usaha kolektif boleh memacu perubahan positif untuk masa depan yang lebih bersih dan lebih mampan.

“Dengan bekerjasama, kita boleh memanfaatkan kekuatan kolektif kita untuk mempercepat penggunaan teknologi boleh baharu, pembangunan penyelesaian penyimpanan tenaga yang inovatif, dan memantapkan amalan kecekapan tenaga.

“Kedudukan strategik Malaysia sebagai Hab Tenaga Asean membolehkan kita memainkan peranan penting dalam memajukan tenaga mampan rantau ini pada masa depan ke arah Net Zero Asean,” kata Anwar pada pelancaran fasa kedua Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), di sini, hari ini.

Pelancaran itu diadakan di luar Persidangan Peralihan Tenaga 2023.

Anwar berkata syarikat utiliti seperti TNB dan Sarawak Energy sedang mengembangkan perniagaan rentas sempadan mereka, memanfaatkan Grid Kuasa Asean untuk meningkatkan prospek jaminan tenaga yang lebih luas dan mengukuhkan lagi integrasi ekonomi dengan negara jiran.

“TNB mengetuai perbincangan dengan syarikat utiliti dan kerajaan Asean untuk perkongsian sumber dan penyelesaian fleksibiliti secara berskala. Langkah itu akan mempercepat kepesatan peralihan tenaga dengan cara yang bertanggungjawab sambil mengimbangi unsur-unsur trilema tenaga,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, persidangan tersebut akan memainkan peranan penting dalam mempercepat peralihan tenaga yang bertanggungjawab dalam kerjasama tempatan dan serantau untuk mengukuhkan sambungan grid antara wilayah, khususnya bagi rantau Asean, ke arah jaminan tenaga yang lebih baik. – 29 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related