‘Dulu lain, sekarang lain,’ Ahmad Maslan kata DAP lebih realistik, dinamik berbanding PAS

Deklarasi Shah Alam 2012 dan Deklarasi DAP@50 2016 membuktikan DAP sentiasa menghormati kedudukan Islam, institusi Raja, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu

9:00 AM MYT

 

SIMPANG JERAM – DAP lebih dinamik dan realistik berbanding PAS, dengan mendukung empat perkara utama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, deklarasi Shah Alam 2012 dan Deklarasi DAP@50 2016 membuktikan parti itu sentiasa menghormati kedudukan Islam, institusi Raja, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu. 

“DAP mendukung empat perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi kekhuatiran kepada orang Melayu. Ini perlu diperjelaskan dan saya menyatakan fakta bahawa DAP parti politik yang dinamik. 

“Dulu lain kaedahnya, sekarang lain kerana mereka lebih memahami dari segi realiti hidup bermasyarakat dan bernegara dalam negara kita, Malaysia,” katanya ketika ditemui media selepas ceramah kelompok calon Pakatan Harapan (PH) Simpang Jeram, malam tadi.

Ditanya sekiranya Kerajaan Perpaduan boleh tumbang jika Perikatan Nasional (PN) menang di Parlimen Pulai, Ahmad menegaskan, ia hanyalah permainan politik pembangkang yang tidak masuk akal. 

Menurutnya, propaganda itu dilihat semata-mata ingin mengelirukan rakyat dan membuktikan pembohongan cuba dilakukan oleh PN.

“Tak masuk akal apa disebutkan mereka (PN). Kalau mereka menang pun, kita ada 147 (Ahli Parlimen), mereka hanya ada 74. Macam mana Matematik mereka ini? Memang tidak munasabah apa yang mereka sebut. 

“Justeru, kalau kita menyokong pembangkang apa faedahnya. Ini penjelasan utama yang perlu dimaklumkan kepada pengundi agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai mesti berada dalam Kerajaan Perpaduan. Jika tidak, ia akan menyukarkan banyak perkara untuk lima tahun dari sekarang,” katanya. 

Dalam pada itu, Ahmad memaklumkan, terdapat keperluan untuk jentera Kerajaan Perpaduan, khususnya Umno untuk terus bekerja keras dalam memberi penjelasan secara terperinci bagi memastikan tidak wujudnya kekeliruan sehingga orang ramai mengundi calon PN. 

“Usaha perlu dilakukan kerana dalam kertas undi tiada logo dacing (BN). Jadi, ini perlu diajar kepada pengundi, khususnya mereka yang sudah berumur. Saya rasa perkara teknikal sebegitu perlu dibuat bukan hanya kepada penyokong Umno tetapi juga orang Melayu secara umumnya. 

“Kalau masyarakat Cina, mereka dah biasa dengan PH. Jadi, tiada masalah untuk mereka, namun ini kali pertama untuk kami di Johor walaupun sebelum ini pernah dilakukan. 

“Pada masa sama, jentera juga perlu gigih (berkempen) menggunakan segala media sosial dengan aktif agar tindakan itu dapat mencapai dan menangkap imaginasi pengundi muda,” katanya. – 29 Ogos, 2023

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related