NAFAS mampu bantu jamin bekalan ayam pedaging seluruh negara: Mat Sabu

Walaupun jumlah berkenaan tidak besar, ia dilihat dapat membantu pengusaha kecil-kecilan yang terlibat dalam sektor itu. 

9:25 PM MYT

 

MUAR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin penglibatan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dalam rantaian nilai ayam melalui anak syarikatnya Medan Juara Sdn Bhd (MJSB), mampu membantu memperkukuh keterjaminan makanan negara khususnya dalam pembekalan ayam pedaging. 

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata walaupun jumlah berkenaan tidak besar, ia dilihat dapat membantu pengusaha kecil-kecilan yang terlibat dalam sektor itu. 

“NAFAS akan terus terlibat dalam industri ayam pedaging dan harga ayam sekarang pun sudah mulai stabil kalau naik pun tidak sampai ke harga syiling, jadi saya berterima kasih kepada semua pihak terlibat, penternak besar serta penternak kecil yang menyebabkan harga ayam dan telur terkawal. 

“Kita mahu NAFAS, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan  (FAMA) berganding bahu bagi memastikan keterjaminan makanan pada masa hadapan,” katanya selepas menghadiri Program Santai Peladang Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Pemimpin Peladang Zon Selatan 2023 di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi LPP Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS Zamri Yaakob, Ketua Pengarah LPP Datuk Azulita Salim dan Pengurus Besar NAFAS Muhammad Faris Arriffin.

Terdahulu, Mohamad menyerahkan peruntukan daripada LPP bernilai RM2.35 juta kepada NAFAS bagi Projek Menaik Taraf Bangunan Pusat Penetasan Anak Ayam (kompleks penetasan) yang dikendali syarikat subsidiari NAFAS, Medan Juara Sdn Bhd (MJSB).

MJSB, yang beroperasi mengeluarkan anak ayam pedaging berumur sehari atau dikenali sebagai day old chicken (DOC) merupakan syarikat usaha sama utama NAFAS dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor serta beberapa Pertubuhan Peladang Negeri.

Sementara itu, Zamri dalam ucapannya menzahirkan penghargaan atas peruntukan yang diberikan menerusi Program Pemerkasaan Ladang Satelit Pertubuhan Peladang berkenaan di bawah Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan 2023.

Katanya kerja-kerja menaik taraf kompleks penetasan itu telah bermula pada Julai lepas dan dijangka siap hujung tahun ini, sekali gus akan menjadi bangunan yang lebih moden dan sistematik bagi proses meningkatkan kualiti anak ayam pedaging dan memelihara biosekuriti kompleks penetasan.

“Kapasiti semasa pengeluaran anak ayam pedaging MJSB adalah 500,000 ekor sebulan atau bersamaan enam juta ekor setahun. MJSB menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran kepada tujuh juta ekor menjelang 2025 secara berperingkat

“Justeru, menaik taraf kompleks penetasan ini merupakan langkah penting bagi memastikan peningkatan pengeluaran dapat dicapai pada tahun akan datang,” katanya. 

Zamri berkata Ladang Ayam Baka MJSB mula beroperasi pada 1995 dengan hanya dua reban ayam tertutup serta dua unit mesin pengeraman dan penetasan, sebelum ia ditingkatkan kepada 10 reban dengan kapasiti setiap reban ialah 10,000 ekor ayam baka. – 28 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Cops to call up 13 varsity students who joined Jan 25 anti-graft rally

Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia rep says this includes three from Sabah who would have to fly to KL; summoned rallygoers may meet police together on Sunday to receive notice

Related