Penerima DKD perlu laksana projek ikut kos, tempoh dan skop ditetapkan: Fahmi

Dana DKD adalah duit rakyat dan amanah yang diberikan perlu dilaksanakan oleh setiap penerima dengan sebaik mungkin

4:04 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Penerima Dana Kandungan Digital (DKD) diingatkan supaya melaksanakan projek mengikut kos, tempoh dan skop yang telah ditetapkan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

“Dana DKD adalah duit rakyat dan amanah yang diberikan perlu dilaksanakan oleh setiap penerima dengan sebaik mungkin,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Surat Tawaran DKD 2023 di sini hari ini.

Katanya, beliau sebagai Ahli Parlimen saban tahun meneliti Laporan Ketua Audit Negara yang turut menyentuh aspek DKD.

“Maka saya harap kita ambil ibrah atau pengajaran, bukan sahaja elak ia berulang tetapi realisasikan potensi yang ada untuk kita pastikan hasil karya dalam negara dinikmati rakyat dalam negara dan peringkat antarabangsa,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Dana tersebut bertujuan memangkin penghasilan kandungan kreatif tempatan yang berkualiti selain berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Fahmi berkata sebanyak RM102 juta diperuntukkan kepada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tahun ini untuk melaksanakan DKD menerusi Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Kumpulan MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCV).

Antara kejayaan yang diraih menerusi inisiatif dana itu adalah filem Imaginur yang meraih kutipan RM6 juta, Mat Kilau dengan kutipan RM90 juta serta Tiger Stripes yang memenangi hadiah utama Cannes Critic’s Week, katanya. 

Pada majlis hari ini, sebanyak 14 syarikat ditawarkan Dana Filem Cereka dan 10 syarikat ditawarkan Dana FAME yang melibatkan jumlah keseluruhan RM18.3 juta di bawah Finas.

Bagi MyCV, sebanyak 11 syarikat ditawarkan Dana Persembahan Muzik dan empat syarikat ditawarkan Dana Promosi dan Antarabangsa melibatkan sejumlah RM3.3 juta.

Fahmi berkata semua permohonan DKD dinilai secara telus dan berintegriti oleh jawatankuasa yang terdiri daripada barisan panel profesional dan mempunyai kepakaran selain wakil kementerian.

“Saya menjemput semua penggiat industri untuk melayari portal rasmi Finas, MyCV dan MDEC serta KKD untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. – 28 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related