Kerajaan sedia tambah baik hal ehwal Islam di Malaysia agar beri manfaat kepada semua: PM

2:51 PM MYT

 

SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan terus siapsiaga menambah baik hal ehwal Islam di Malaysia agar inklusif, bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam, malah rahmat kebaikan Islam juga dirasai masyarakat bukan Islam.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Anwar berkata beliau menjunjung kasih atas kesudian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan mencemar duli mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Anwar yang juga Timbalan Pengerusi Majlis itu berkata mesyuarat MKI berkenaan jelas menzahirkan keprihatinan Tuanku terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini. 

“Patik dan seluruh jentera Kerajaan Perpaduan khususnya agensi Islam menjunjung duli dan beriltizam untuk memastikan tadbir urus hal ehwal Islam dilaksanakan dengan sebaik-baiknya seperti mana yang dihasratkan oleh Majlis Raja-raja. 

“Patik meyakini dengan perkenan dan restu Duli-Duli Tuanku jua, usaha memperkukuhkan institusi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan dan negeri-negeri dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan,” katanya. 

Anwar turut merakamkan sekalung penghargaan kepada ahli MKI dan wakil negeri-negeri yang hadir  pada mesyuarat itu. – 28 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

No call with Trump? PM Anwar has better things to do: Nazri

Former envoy slams US obsession, says Malaysia shouldn’t grovel and should prioritise China, Russia, India, and Türkiye

Santan naik harga: peniaga mungkin terpaksa jual kuih RM1 sebiji

Kenaikan itu sukar dielak kerana selain kelapa dan santan yang mendadak, peniaga juga terpaksa menghadapi kenaikan bahan-bahan mentah yang lain

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related