Cadangan naik taraf lesen motosikal B2 kepada B secara automatik dibawa ke MOT

Beliau berpendapat tiada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan

1:08 PM MYT

 

PEKAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan untuk menaik taraf lesen memandu motosikal bagi kelas B2 kepada B secara automatik akan dibawa ke Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk diteliti terlebih dahulu.

Beliau berpendapat tidak ada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan. 

“Saya tidak fikir ujian memandu (diperlukan) kerana mereka pemandu (penunggang) yang berpengalaman, dan saya juga fikir mereka tidak memerlukan syarat-syarat ketat.

“Saya akan kemukakan kepada Menteri Pengangkutan (Anthony Loke Siew Fook) dahulu, saya tidak fikir ini satu masalah kerana ia merupakan isu pentadbiran sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka 66 di sini, hari ini. 

Majlis pelepasan melibatkan lebih 238 penunggang motosikal berkuasa tinggi daripada ahli Superbikers Association Malaysia (S.A.M) itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Presiden S.A.M Datuk Abdul Halim Suleiman. 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengklafikasikan lesen memandu kelas B2 bagi motosikal tidak melebihi 250 cc manakala kelas B melibatkan motosikal melebihi 500 cc.

Terdahulu, Abdul Halim menyerahkan kertas cadangan bagi menaik taraf lesen memandu kelas B2 kepada B secara automatik bagi penunggang motosikal yang tidak melakukan kesalahan jalan raya serius dalam tempoh tiga tahun selepas mendapat lesen B2. 

Sementara itu, dalam ucapannya Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Eksekutif S.A.M berkata cukai import untuk motosikal berkuasa tinggi masih tinggi, dan beliau yakin belanjawan yang menyentuh perkara berkenaan sedang disediakan. 

Program Kembara Merdeka 66 sejauh 1,366 kilometer itu bermula hari ini sehingga 31 Ogos, yang akan menjelajahi Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Lembah Klang. 

Kembara Merdera hasil cetusan idea Ahmad Zahid itu bertujuan menzahirkan semangat patriotik selain menyemarakan ikatan silaturahim antara pemilik motosikal berkuasa tinggi, penduduk kampung dan penunggang motosikal dalam kalangan golongan muda. – 27 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related