Tertekan pedal minyak, remaja rempuh pelanggan medan selera

Remaja berkenaan diarah ibunya untuk memanaskan enjin kereta sebelum tertekan pedal minyak dan menukar gear kereta berkenaan pada mode mengundur

11:47 AM MYT

 

MELAKA – Gara-gara tertekan pedal minyak, seorang remaja berusia 16 tahun secara tidak sengaja merempuh pelanggan di Medan Selera Tanjung Kling di sini, petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian 2.43 petang itu, kereta Toyota Avanza dikendalikan remaja terbabit turut melanggar kereta Proton Suprima S yang diparkir bersebelahan.

“Sebelum kejadian itu, remaja berkenaan diarahkan ibunya untuk memanaskan enjin kereta sebelum tertekan pedal minyak dan menukar gear kereta berkenaan pada mode mengundur.

“Akibat tindakan itu, kereta berkenaan telah mengundur secara mengejut lalu melanggar kereta yang diparkir bersebelahannya selain turut merempuh pelanggan yang sedang makan di medan selera terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kemalangan itu menyebabkan Proton Suprima S tersebut mengalami kerosakan pada pintu dan cermin kereta namun pemandu kereta itu serta remaja tersebut tidak mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, katanya pihak polis tidak mengetahui jumlah atau keadaan pelanggan yang terlibat dalam rempuhan itu kerana tiada laporan dibuat.

Christopher berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya.

Hari ini, satu video berdurasi 21 saat tular di media sosial, memaparkan sebuah kereta Toyota Avanza melanggar kereta diparkir bersebelahan sebelum mengundur secara laju dan merempuh pelanggan termasuk kanak-kanak dan bayi di medan selera itu. – 27 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related