Kurikulum baharu bukti komitmen KPM laksana transformasi pendidikan negara: NGO

KPM juga akan melaksanakan satu Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 secara dalam talian

9:59 PM MYT

Ā 

KUALA LUMPUR – Usaha Kementerian Pendidikan (KPM) membangunkan kurikulum persekolahan baharu dengan menilai semula subtopik yang berat dan tidak selari dengan keperluan murid, membuktikan komitmennya dalam melaksanakan transformasi pendidikan negara. 

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata pembangunan kurikulum yang turut mengambil kira pandangan pakar, pihak berkepentingan dan masyarakat umum itu juga sebagai usaha memastikan sistem pendidikan negara lebih relevan dan berdaya tahan. 

ā€œPendidikan adalah penentu masa depan negara dan sebab itu kita mahu kurikulum yang dibangunkan adalah benar-benar memenuhi kehendak negara, di samping kandungan pembelajaran yang tidak membebankan murid.

ā€œDalam hal ini subjek yang diajar tidak boleh terlalu banyak teori sahaja terutama mata pelajaran matematik dan sains, sebaliknya perlu ditekankan dalam bentuk amali supaya murid memahami dan berupaya menghayati prinsip yang diajar,ā€ katanya kepada Bernama.

Mohamad Ali turut mencadangkan rombakan bagi subjek agama supaya ia lebih menekankan pembangunan karakter dan insani, berbanding pengisian kandungan mata pelajaran semata-mata kerana subjek itu berperanan membentuk jati diri dan nilai murni murid. 

Sebelum ini KPM memaklumkan sedang melaksanakan tindakan segera bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran, dijalankan secara efektif dengan menilai semula subtopik yang berat dan tidak selari dengan keperluan murid.

Menurut KPM, seramai 1,600 orang termasuk guru, pensyarah, ibu bapa, badan bukan kerajaan (NGO) dan industri, telah dilibatkan dalam 21 sesi libat urus dan pelaksanaan Konvensyen Kurikulum bagi membangunkan kurikulum persekolahan yang baharu.

KPM juga akan melaksanakan satu Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 secara dalam talian, mulai 25 Ogos hingga 15 Sept ini menerusi pautan: https://bit.ly/KurikulumKita2027 bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat mengemukakan pandangan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Fouzi Singon menyifatkan usaha menilai semula subtopik dalam kurikulum sekolah adalah wajar, memandangkan silibus yang diperkenalkan kini dilihat agak tinggi dan tidak bersesuaian dengan tahap murid.

Katanya, unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diperkenalkan untuk membentuk kemahiran intelek tinggi dalam kalangan pelajar telah memberi cabaran dalam meningkatkan daya pemikiran murid.

ā€œJusteru NUTP mengalu-alukan langkah yang diambil KPM yang menjalankan tinjauan pelaksanaan kurikulum sekolah itu supaya penjaga yang tidak berpuas hati dengan silibus yang terlalu tinggi dapat melontarkan idea masing-masing.

ā€œJika pihak jawatankuasa penilaian silibus dibentuk kami berharap guru pakar dan guru cemerlang dilibatkan sekali dalam usaha itu dan bukan dalam kalangan pensyarah universiti yang tidak pernah berada di sekolah sebagai guru,ā€ katanya.Ā – 26 Ogos, 2023

Topics

Ā 

ā—‰ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

ā€˜Very hurtfulā€™: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ā€˜powerfulā€™ fallacy of MCMC ā€“ Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

ā—‰ Related