Zulkifli akui ada kelebihan di Pulai, fokus isu setempat ketika kempen

Usahawan itu mahu memperhalusi masalah banjir kilat dan isu kemudahan rakyat di Pulai

7:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Meningkatkan keseimbangan ekonomi dan kesejahteraan rakyat serta menangani masalah banjir kilat antara agenda tumpuan calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

Zulkifli, 50, mengakui mempunyai kelebihan sebagai anak jati Tampoi dalam usaha meraih sokongan pengundi pada 9 September ini.

“Saya dan jentera PN akan fokus secara menyeluruh kepada semua kawasan di Pulai, mengikut jadual yang telah disusun.

“Saya akan memperhalusi juga pelbagai masalah seperti banjir kilat serta isu kemudahan rakyat. Mana ada kekurangan itu kita akan cuba selesaikan,” katanya selepas proses penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di Johor Bahru, hari ini.

Beliau yang juga seorang usahawan dan kali pertama bertanding pada pilihan raya berkata, sebagai anak tempatan, ia memberi kelebihan kepadanya kerana mengenali pengundi di kawasan itu.

“Sebelum ini saya juga banyak bertemu dengan masyarakat khususnya semasa pandemik Covid-19. Insya-Allah saya akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka,” katanya.

Pada proses penamaan calon pagi tadi, lebih 1,000 penyokong PN hadir memberikan sokongan dengan berarak bersama Zulkifli, diiringi paluan gendang, sorakan dan kibaran bendera parti.

PRK Parlimen Pulai menyaksikan saingan tiga penjuru antara Zulkifli, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat dari Pakatan Harapan (PH) dan Samsudin Mohamad Fauzi, calon Bebas yang akan menggunakan simbol kunci. – 26 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related