PRK Pulai, Simpang Jeram ujian ketiga kerjasama Kerajaan Perpaduan: Azalina

Pengundi di kedua-dua kawasan itu diharap menitikberatkan perpaduan dan kemajuan ditawarkan gabungan PH-BN

2:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram adalah ujian ketiga bagi kerjasama Kerajaan Perpaduan.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, selepas dua ujian dilalui bersama, kesefahaman dan keserasian parti itu dan Pakatan Harapan (PH) dilihat semakin baik.

“Saya harap Bangsa Johor yang akan mengundi di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram akan menitikberatkan perpaduan dan kemajuan yang kami tawarkan,” katanya.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 9 September ini, masing-masing menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon PH, Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.

Bagi Parlimen Pulai, kerusi itu akan ditandingi bekas Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat dari PH, Zulkifli Jaafar mewakili PN dan Samsudin Mohamad Fauzi, calon Bebas yang akan menggunakan simbol kunci.

SPR menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini hingga jam 11.59 malam pada 8 September dengan pengundian awal 5 September dan hari pengundian pada 9 September.

Kedua-dua PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai lalu.

Timbalan Presiden Amanah itu mempertahankan kedua kerusi berkenaan buat kali kedua selepas memenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac tahun lepas dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November tahun lalu.

Terdahulu, Azalina melontarkan persoalan sama ada parti itu boleh mempertimbang untuk bertanding atas tiket Umno berbanding logo Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Persoalan itu dilontarkan Azalina ketika Umno kini berdepan penolakan orang Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu, selain ‘perselisihan’ dalaman dikhabarkan meletus antara kepimpinan parti komponen BN sejak berakhir PRU-15 tahun lalu.

“Izinkan saya untuk melontarkan persoalan ini, adakah sudah tiba masanya untuk Umno bertanding atas tiket Umno pada pilihan raya akan datang atau masih lagi di bawah bendera BN, ataupun di bawah BN dengan gabungan baharu?” katanya.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, memang mudah untuk mendesak Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengundur diri selepas Umno mengalami kekalahan pada pilihan raya, tetapi pada waktu sama, BN adalah satu institusi. – 26 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related