Pakar pendidikan sambut baik himpunan 40 hadis, namun perlu kajian

KPM perlu mempunyai cara bagi melihat bagaimana ia boleh diselaraskan dengan bijak

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pakar pendidikan menyambut baik pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah tahun hadapan kerana ia dianggap satu reformasi terhadap pendidikan negara namun Kementerian Pendidikan (KPM) perlu menjalankan kajian secara terperinci.

Menurut pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad, dalam perkara ini, adalah penting kerajaan menjalankan kerjasama dengan semua agensi kerajaan serta pemegang taruh bagi mengetahui sama ada modul ini akan membebankan pelajar.

Anuar Ahmad berkata apabila melakukan sesuatu perkara baharu, KPM perlu melibatkan semua pihak. – Gambar dari media sosial, 26 Ogos, 2023

“Ia merupakan cadangan yang baik kerana kita dapat mendekatkan anak-anak dengan perkara baik dan apa yang disampaikan itu memang menjadi amalan dalam masyarakat Islam, khususnya anak muda dalam menguasai 40 hadis berkenaan.

“Namun, bila melakukan sesuatu perkara baharu, KPM perlu melibatkan semua pihak. Kita tak boleh laksanakan semata-mata menganggap perkara itu adalah baik, walaupun hakikatnya, ia benda positif kerana kita kena ambil kira apa yang berlaku di sekolah, pelajar dan juga guru,” katanya ketika dihubungi Scoop, hari ini.

Pada 19 Ogos lalu, KPM melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi, bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah.

Ia akan mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum diedarkan ke sekolah di bawah KPM tahun depan.

Anuar memberitahu, kajian itu juga dapat mengelakkan berlakunya pertindihan silibus atau modul sedia ada yang telah dilaksanakan di sekolah, sekiranya KPM melaksanakan pelarasan secara terperinci dan holistik.

“Jika perkara itu difahami ramai pihak sebagai membebankan, maka KPM kena ada cara untuk melihat bagaimana ia boleh diselaraskan dengan bijak.

“Kita tidak mahu timbul lebih banyak masalah sehingga akhirnya pelaksanaannya tidak berkesan dan menjadi satu kerugian kepada murid. Bila dah tahu apa keperluan tanpa membebankan mana-mana pihak, baru bercakap untuk tingkatkan soal kefahaman modul itu.

“Arahan melaksanakannya mudah, namun nak pastikan ia berkesan, perlu dilakukan secara profesional dan berhati-hati dengan mengambil kira semua pandangan daripada pemegang taruh,” katanya.

Sementara itu, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, tindakan KPM memperkenalkan Modul Penghayatan 40 Hadis Imam Al-Nawawi adalah tindakan terbaik untuk menerapkan nilai murni kepada pelajar beragama Islam.

“Modul itu mampu berperanan sebagai wahana pengukuhan kefahaman Islam kepada murid-murid Muslim.

“Semua pihak perlu menyokongnya untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi serta jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan,” katanya. – 26 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related