Yi Yi, Sheng Yi balik China Selasa ini

1:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Dua anak panda gergasi Yi Yi serta Sheng Yi akan dihantar pulang ke China pada Selasa ini dan penghantaran berkenaan adalah selaras dengan Perjanjian Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara Malaysia dengan China.

Sebelum ini, anak panda gergasi pertama, Nuan Nuan telah dihantar pulang ke China pada 2017.

Menurut Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), penghantaran pulang Yi Yi dan Sheng Yi telah tertangguh berikutan penutupan sempadan akibat penularan COVID-19.

“Pada 21 Mei 2014, kerajaan Malaysia telah dipinjamkan sepasang panda gergasi Panda iaitu Xing Xing dan Liang Liang sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

“Pinjaman itu adalah bagi tempoh 10 tahun, bermula daripada ketibaan pasangan panda gergasi itu ke Malaysia,’’ kata kementerian terbabit dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, menerusi konservasi ex-situ Malaysia, panda gergasi Liang Liang telah melahirkan tiga ekor anak betina iaitu Nuan Nuan, Yi Yi dan Sheng Yi.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @Rahmat Ahmat Lana memaklumkan bahawa Yi Yi dan Sheng Yi akan dihantar pulang ke China namun negara berkenaan belum menetapkan tarikh penghantaran pulang tersebut. – 25 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

RM13 bil Penang Mutiara Line LRT to boost connectivity, set for 2031 completion

The 29.5-kilometre line with 21 stations aims to enhance travel across Penang and drive economic growth

DBKL slices up Havoc Food Festival in Setapak as traffic complaints boil over

Nik Nazmi steps in after residents complain of congestion, authorities shut down unlicensed event

In latest book ‘Saving the Planet’, Nik Nazmi makes urgent call for climate action

New book offers a Malaysian perspective on the global environmental crisis, highlighting economic and social stakes of climate change

Related