Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi hanya untuk guru, murid Islam

Inisiatif ini diharapkan mampu melahirkan generasi anak yang baik lagi cerdik seterusnya mengangkat karamah insaniah berdasarkan tiga elemen utama iaitu adab, akhlak dan integriti: KPM

10:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan dengan melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.

Program berkenaan yang bertujuan memupuk semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan kefahaman agama itu hanya melibatkan guru dan murid beragama Islam sahaja.

“Inisiatif ini diharapkan mampu melahirkan generasi anak yang baik lagi cerdik seterusnya mengangkat karamah insaniah berdasarkan tiga elemen utama iaitu adab, akhlak dan integriti,” kata Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 19 Ogos lalu, KPM melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi, bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah.

Ia akan mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum diedarkan ke sekolah di bawah KPM tahun depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum ini berkata, modul itu membolehkan guru dan pelajar mendapat penghayatan, terutama untuk memastikan nilai pesanan serta perkara baik dalam hadis dibaca dan dihayati.

Bagaimanapun, sebuah kumpulan mewakili agama bukan Islam, iaitu Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) menyifatkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang dilaksanakan di sekolah di bawah kendalian KPM, sebagai tidak berperlembagaan.

Kumpulan itu mendakwa, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan pendidikan Islam diajar seperti itu di sekolah.

Bagaimanapun Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) meminta isu berhubung modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tidak seharusnya dipolemikkan kerana ia hanya diterapkan dalam lingkungan pelajar beragama Islam. – 25 Ogos, 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Related