Program Insan: Tidak ada pembocoran data rakyat, penduduk Selangor

Dakwaan wujudnya elemen pembocoran data rakyat dan penduduk negeri itu adalah tidak tepat

11:49 PM MYT

 

SHAH ALAM – Tidak ada elemen pembocoran data rakyat dan penduduk Selangor berlaku menerusi Program Insurans Am Selangor (INSAN) kerana ia dilindungi oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor dalam kenyataan memaklumkan bahawa dakwaan wujudnya elemen pembocoran data rakyat dan penduduk negeri itu adalah tidak tepat.

“Disebabkan dakwaan tidak tepat yang disebar luas, beberapa pihak tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan laman sesawang (program INSAN) ini untuk tujuan yang berniat jahat. 

“Oleh itu, laman sesawang berkenaan sedang diperkukuhkan dengan ciri keselamatan tambahan dan akan aktif dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu hari ini.

MBI Selangor memaklumkan inisiatif kerajaan Selangor yang bermula 1 Okt 2022 bertujuan memberi perlindungan insurans am kepada enam juta rakyatnya dengan badan korporat itu dilantik sebagai agensi pelaksana, manakala Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd sebagai pengendali perkhidmatan.  

INSAN adalah antara inisiatif dan komitmen kerajaan negeri untuk mengurangkan beban kewangan rakyat apabila berlakunya kemalangan atau kematian selaras dengan laporan peningkatan kemalangan jalan raya di Malaysia daripada 370,286 pada 2021 kepada 545,588 pada 2022.

“Rakyat Selangor berumur dari 30 hari hingga 80 tahun layak dilindungi di bawah INSAN. Terdapat dua jenis skim INSAN iaitu konvensional yang disediakan oleh AmGeneral Insurance Berhad dan bagi takaful pula disediakan oleh Takaful Ikhlas General Berhad.

“Sehingga Julai 2023, sejumlah 44 kes tuntutan telah diselesaikan merangkumi jumlah pemberian pampasan sebanyak RM537,000 meliputi kes kematian dan kecacatan kekal,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu disebabkan aduan kekangan untuk mendaftar khususnya warga emas, kerajaan Selangor mengambil inisiatif melaksanakan proses prapendaftaran secara automatik dengan memadankan maklumat daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya dan nombor kad pengenalan rakyat serta penduduk negeri.

“Meskipun prapendaftaran automatik ini menyediakan polisi kepada rakyat dan penduduk di negeri Selangor, setiap penerima polisi perlu menyempurnakan proses pengesahan diri serta bersetuju menerima tawaran perlindungan ini. 

“Jika pengesahan tidak dibuat, tuntutan perlindungan sosial RM10,000 untuk kes kematian atau kes hilang upaya akibat kemalangan tidak akan diberikan. Tidak berlaku pembocoran data kerana data program INSAN dilindungi oleh kerajaan negeri,” menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut berhubung program INSAN boleh dirujuk pada lampiran soalan lazim yang disertakan dan laman sesawang INSAN di www.programinsan.com. – 24 Ogos, 2023

Topics

Hangat

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Private sector in the dark over govt’s drug decriminalisation plans, say experts

Health professionals urge broader engagement with relevant stakeholders ahead of reforms to decriminalise drug use to ensure effective implementation of initiative

Related