Saya akan turun bertemu pemimpin, akar umbi Umno mulai esok: Zahid

Johor adalah negeri pertama yang akan dikunjungi Zahid bagi mendapatkan pandangan pemimpin serta akar umbi Umno

10:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan pertemuan dengan semua ketua bahagian di seluruh negara bagi mengenal pasti intipati dan kelemahan yang perlu diperbaiki demi memperkasakan semula parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, Johor adalah negeri pertama yang akan dikunjungi Timbalan Perdana Menteri itu bagi mendapatkan pandangan daripada pemimpin serta akar umbi Umno.

“Terdapat keperluan untuk saya turun bagi mengunjungi dan mengadakan pertemuan bersama akar umbi Umno.

“Mulai esok, (bermula) di Johor, saya akan turun padang ke 191 bahagian di seluruh negara untuk berjumpa dengan jawatankuasa bahagian serta cawangan (di) empat peringkat (dari kepimpinan sehinggalah ahli biasa),” katanya ketika berucap sempena Himpunan Solidariti Bersama Presiden Umno, hari ini.

Turut hadir, Ketua Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad.

Pada masa sama, Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan Wanita Umno yang memperkukuhkan sokongan mereka kepada dirinya untuk terus kekal sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Saya hargai kepimpinan wanita di peringkat bahagian, negeri dan pusat di atas penghargaan ini. Memang benar seperti dikatakan Noraini, wanita adalah benteng kepada Umno dan kepimpinannya.

“Inilah Wanita Umno Malaysia, (apa) yang penting institusi Presiden Umno (harus dijaga dan diperkasa),” katanya.

Sementara itu, Zahid berkata, calon yang tewas diharapkan tidak terlalu kecewa dan menjadikan kekalahan tersebut sebagai pengalaman dan cabaran sebagai ahli politik.

“Tahniah kepada (Ketua Wanita Umno Negeri Sembilan, Puan Sri) Bibi Sharliza (Mohd Khalid), satu-satunya calon wanita yang menang.

“Kepada yang tewas, (kemungkinan) belum bernasib baik, kita kalah hanya sebab undi rakyat kepada kita tidak cukup,” katanya. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

More attempts to disrupt what it means to be a Malaysian – Terence Fernandez

Non-Muslims just want to stay in their lane but rules governing Muslims inadvertently impact minorities too

Govt confirms scrapping of proposed guidelines on Muslims attending non-Muslim events

However, Jakim can still advise Muslims on attending the events, although it is not policy

Sultan Ibrahim leaves for medical treatment abroad

YDPA is accompanied by his sons Tunku Abdul Rahman and Tunku Abu Bakar

Related