Hamzah sahkan akaunnya, isteri dibeku LHDN sejak semalam

7:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan akaun miliknya dan isteri dibekukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sejak semalam.

Menurutnya, beliau percaya tindakan itu diambil kerana terdapat tekanan dan campur tangan pemimpin politik tertinggi dalam kerajaan Pusat.

“Pembekuan ini, yang kemudiannya disebarkan kepada media merupakan usaha terdesak kerajaan untuk terus menekan pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang semakin mendapat kepercayaan rakyat.

“Ia juga satu taktik kotor berterusan bagi mencipta persepsi buruk terhadap PN terutamanya selepas sokongan majoriti rakyat beralih kepada parti itu yang memenangi 146 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Hamzah yakin lebih banyak tindakan politik akan diambil ke atas dirinya serta pemimpin PN lain dalam masa terdekat, termasuk menggunakan polis hanya kerana mengkritik DAP semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), baru-baru ini.

Beliau mendakwa, tindakan pendakwaan politik terhadapnya membuktikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara diperalatkan bagi mencipta fitnah terhadap kepimpinan PN.

“Tindakan pendakwaan politik ini samalah dengan kes (Pengerusi PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi akhirnya Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan empat pertuduhan kerana cacat, tidak berasas, kabur serta tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah.

“Hakim juga memutuskan bahawa pendakwaan tersebut adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah,” katanya.

Bagaimanapun, mantan Menteri Dalam Negeri itu memaklumkan segala kezaliman yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak akan menghentikan perjuangannya menentang gabungan berkenaan.

“Saya sudah menyerahkan suatu surat tuntutan kepada SPRM, Ketua Pesuruhjaya agensi itu serta kerajaan.

“Peguam saya sedang menyediakan kertas tindakan untuk tujuan memulakan tindakan mahkamah terhadap SPRM, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan kerajaan kerana mengheret nama saya dalam kes pendakwaan yang tiada kena mengena langsung dengan saya,” katanya.

Terdahulu, Scoop melaporkan seorang pemimpin kanan Bersatu mengesahkan tindakan diambil LHDN terhadap Hamzah dan ahli keluarga terdekatnya itu.

Perkembangan itu dipercayai sebahagian daripada siasatan dijalankan SPRM ke atas Hamzah yang dinamakan dalam kertas pertuduhan kes rasuah sebanyak RM15 juta, membabitkan ahli perniagaan Datuk Seri Sim Choo Thiam.

Jun lalu, kediamannya di Damansara diserbu SPRM, dengan menyaksikan beberapa dokumen dirampas, namun operasi itu tidak menjumpai sebarang bukti yang boleh mengaitkan Hamzah.

Malah, beliau sudah mengemukakan surat tuntutan pada 11 Ogos lalu kepada Kerajaan Perpaduan dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kerana mengaitkannya dengan kes rasuah berkenaan.

Dalam surat berkenaan, mantan Ahli Parlimen Larut itu menuntut pihak berkenaan berhenti daripada bertindak mengikut cara politik partisan, sebagai penjawat awam adalah pelindung hak berperlembagaan rakyat dan tidak boleh mencabulinya.

Pada 10 Mei lalu, Sim didakwa meminta RM15 juta pada Jun 2021 daripada Hep Kim Hong, Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, bagi mendapatkan sokongan Hamzah agar pihaknya boleh terbabit dalam projek Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk syarikat Hep. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related