Selangor sasar galak pelaburan asing, exco ikrar beri perkhidmatan terbaik

Bagi berdepan cabaran memenuhi sasaran itu, ia menuntut komitmen dan kerjasama setiap exco, pegawai serta kakitangan kerajaan negeri

4:51 PM MYT

 

SHAH ALAM – Menarik lebih banyak pelaburan asing dan mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji tinggi, menjadi antara agenda difokuskan dalam usaha meningkatkan ekonomi Selangor.

Exco Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti, Ng Zee Han berkata, ia juga antara cabaran bagi tahun seterusnya, sekali gus menuntut komitmen dan kerjasama setiap exco, pegawai serta kakitangan kerajaan negeri.

“Dalam tahun mendatang ini, cabaran adalah bagaimana kita hendak menarik lebih banyak pelaburan asing dan tempatan supaya kita dapat wujudkan pekerjaan bergaji tinggi. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari juga sudah menjelaskan bahawa pelaburan utama bagi Selangor buat masa ini adalah sektor perkhidmatan.

“Ia bukan sahaja membabitkan pembuatan produk untuk eksport, tetapi juga logistik dan sebagainya, itu satu sektor ekonomi amat penting dalam negara ini, jadi kita akan menarik pelaburan yang dapat menawarkan pekerjaan dengan gaji lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengumuman portfolio barisan exco negeri di Lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Muka baharu dalam barisan exco dilantik itu, Papparaidu Veraman yang memegang portfolio Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan berkata, beliau akan memberikan perkhidmatan terbaik melalui pengalaman dimiliki, termasuk sebagai pembantu kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Kemuning, V Ganabatirau.

“Saya juga akan mendapatkan maklumat tambahan daripada Ganabatirau kerana dia adalah ‘tok guru’ saya dalam politik dan akan teruskan perjuangan ini,” katanya.

Manakala, bagi exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, beliau melihat gabungan dua portfolio dipegangnya itu sebagai ruang baharu ke arah bagaimana dakwah boleh disampaikan dengan kaedah lebih berkesan.

“Ini juga satu pengiktirafan kepada saya dan dengan portfolio saya pegang, ia boleh kembangkan lagi perkara yang saya mulakan dahulu, seperti program Smart Selangor dan Smart State,” katanya.

Selain itu, exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan jabatan serta agensi kerajaan negeri, bagi mendapatkan lebih pemahaman, sebelum memaklumkan perkara penting yang akan menjadi tumpuan.

“Saya akan berusaha lakukan tugas terbaik, terutama dalam memastikan sektor kesihatan negeri berjalan lancar,” katanya. – 23 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related