Zulkifli calon PN untuk Parlimen Pulai dan Dr Mazri calon DUN Simpang Jeram

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram akan diadakan pada 9 September ini susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu

3:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Zulkifli Jaafar diumumkan sebagai calon bagi Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai manakala Dr Mazri Yahya dipilih sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor.

Zulkifli adalah Timbalan Ketua Bersatu Pulai merupakan seorang usahawan manakala Dr Mazri adalah Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Johor. Beliau adalah seorang doktor.

Pengumuman dibuat oleh pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon di Johor, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram akan diadakan pada 9 September ini susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu. – 23 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related