KUALA LUMPUR ā Sesiapa sahaja individu beragama Islam, waras dan akil baligh, boleh mengislamkan mana-mana individu yang berminat dan berniat memeluk Islam tanpa sebarang paksaan.
Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong, menjelaskan mengikut hukum syarak Islam, itu adalah yang ditetapkan dan perlu dipatuhi.
āSesiapa saja boleh Islamkan mengikut syarak ditetapkan, tidak ada masalah. Langkah seterusnya ialah bimbing mereka (individu ingin peluk Islam) untuk membaca dua kalimah syahadah.
āPerlu dibaca dalam bahasa Arab tanpa perlu mementingkan bacaan tajwidnya, yang penting dia baca dan kita bimbing perlahan-lahan. Selepas itu kita beritahu tentang terjemahan dan maksud kalimah syahadah.
āSelepas itu dia sah memeluk Islam di sisi Allah SWT,ā katanya ketika dihubungi Scoop hari ini.
Menjelaskan lebih lanjut, pendakwah bebas itu berkata, perkara seterusnya adalah berkait soal perundangan iaitu keperluan untuk saudara baharu itu mendaftarkan pengislamannya.
āIndividu yang mengislamkan atau mana-mana individu yang tahu tentang pengislaman itu, atau individu itu sendiri boleh pergi ke mana-mana majlis agama, jabatan agama atau badan bukan kerajaan (NGO) untuk mendaftarkan pengislamannya.
āJadi perkara ini tidaklah sulit, malah kami di MRM juga boleh membantu sesiapa yang mahu memeluk Islam kerana kami adalah pusat pendaftaran pengislaman yang bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais),ā katanya yang memeluk Islam pada 2005 ketika berusia 22 tahun.
Baru-baru ini tular Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengislamkan seorang lelaki hingga mencetuskan perdebatan di media sosial.
Rata-rata warganet sebelum ini mempersoalkan sama ada tugas pengislaman itu merupakan tugas seorang Perdana Menteri selepas Anwar mengajar seorang lelaki mengucap dua kalimah shahadah di Masjid Ar-Rahimiah, Klang.
Bagaimanapun ramai yang mempertahankan serta berpihak kepada Anwar dan menyatakan walaupun beliau seorang Perdana Menteri tetapi tanggungjawab seorang Islam tidak boleh diketepikan.
Dalam pada itu Firdaus menempelak pihak yang cuba mempolemikkan isu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengislamkan saudara baharu di sebuah masjid di Klang Jumaat lalu.
āWalaupun Anwar adalah Perdana Menteri, tetapi itu juga tidak menafikan beliau juga adalah seorang muslim yang ada tanggungjawab tertentu. Apakah mereka yang menentang pengislaman oleh PM ini dan melihat tindakan PM itu melukakan orang lain?
āAdakah mereka juga akan terasa jika Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat atau melakukan ibadah korban, menyembelih lembu yang juga mungkin sensitif untuk sesetengah penganut agama lain? Tidak, kan?
āJadi kenapa perlu ada exception (pengecualian), tatkala ada kalangan mereka yang mengatakan semua agama sama, kenapa pula rasa nak āmeroyanā apabila ada orang nak masuk Islam, hingga semua perkara hendak dijadikan modal politik,ā katanya. ā 23 Ogos, 2023