Nahas pesawat: Polis ambil alih siasatan jika wujud ‘foul-play’

'Kalau mereka nampak sebarang perkara (mencurigakan), BSKU akan maklumkan dan polis ambil alih (siasatan)': Ketua Polis Selangor

9:03 PM MYT

 

KLANG – Polis akan mengambil alih siasatan terhadap kejadian nahas pesawat terhempas berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, pada Khamis lepas sekiranya terdapat unsur jenayah ataupun ‘foul play’.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan akan dijalankan sekiranya dimaklumkan berlaku unsur tersebut oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) yang kini bertanggungjawab menyiasat punca nahas itu.

“Kalau mereka nampak sebarang perkara (mencurigakan), BSKU akan maklumkan dan polis ambil alih (siasatan).

“Sekarang urusan BSKU. Polis punya siasatan sudah selesai. Kita dah pun rekod (keterangan) saksi-saksi awam, jadi sebahagian daripada siasatan (polis) boleh digunakan oleh BSKU,” katanya ketika ditemui di perkarangan Istana Alam Shah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor.

Hussein berkata setakat ini siasatan daripada pihaknya sudah selesai dengan polis telah merakam keterangan tiga pemilik kamera papan pemuka (dashcam) yang berada di lokasi nahas pesawat terhempas itu.  

“Setakat ini tidak ada (tambahan individu beri keterangan), itu sahaja. Kita tunggu lagi sekiranya ada lagi mereka yang memiliki gambar, bahan (berhubung nahas pesawat) yang boleh membantu siasatan,” katanya.

Semalam, Hussein mengesahkan tiada lagi mana-mana individu yang terlibat dan terkorban selain daripada 10 mangsa itu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Turut berada dalam pesawat itu ialah juruterbang Shahrul Kamal Roslan, 41, dan pembantu juruterbang Heikal Aras Abdul Azim, 45, serta lima penumpang iaitu Muhammad Taufik Mohd Zaki, 37, Khairil Azwan Jamaludin, 43, Shaharul Amir Omar, 49, Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi, 35, dan Idris Abdul Talib @ Ramali, 41. 

Dua lagi adalah orang awam iaitu penunggang p-hailing Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, dan pemandu e-hailing Sharipudin Shaari, 51, yang melalui kawasan kejadian. 

Tumpuan kini adalah laporan awal siasatan nahas seperti dimaklumkan oleh Kementerian Pengangkutan yang akan disediakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh insiden nahas udara itu. – 21 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related